CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8339|Reply: 0

[Melaka] Perompak pukul pemandu teksi sampai pengsan

[Copy link]
Post time 18-4-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Jasin: Guna perkhidmatan teksi dari Tampin, Negeri Sembilan ke daerah ini sebelum samun pemandunya di sebuah ladang kelapa sawit.

Itu taktik empat sekawan termasuk seorang wanita yang merompak dan memukul seorang pemandu teksi warga emas hingga pengsan sebelum melarikan barangan berharga milik mangsa kira-kira jam 2 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian berlaku selepas keempat-empat suspek menaiki teksi milik lelaki berusia 72 tahun itu di stesen bas di Tampin untuk ke daerah ini.

Menurutnya, sebaik tiba di Jalan Parit Raja menghala ke Rim kira-kira 100 meter dari jalan utama, seorang daripada suspek lelaki menyuruh mangsa memberhentikan kereta di dalam kebun kelapa sawit dan terus mencekik leher serta memukulnya hingga pengsan.


"Sebaik tersedar, mangsa mendapati dirinya berada di semak kelapa sawit dalam keadaan berdarah dan cedera pada muka, lebam mata sebelah kiri, bengkak bibir dan paha kiri.

"Pengadu juga mendapati dompetnya mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan wang tunai RM300 dilarikan.

"Selain itu, telefon bimbit, kunci rumah berserta teksi Proton Iswara miliknya turut hilang," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi sejak 2010 kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Jasin.

Ahmad Jamil berkata, bertindak atas laporan mangsa, polis menjalankan siasatan sebelum memberkas keempat-empat suspek berusia 26 hingga 39 tahun di sebuah hotel di Bukit Baru.

"Suspek pertama berusia 34 tahun bekerja sebagai penjual tisu dan memiliki 10 rekod jenayah dan narkotik.

"Suspek ketiga dan keempat berusia 30 tahun dan 39 tahun adalah pekerja am dan masing-masing memiliki lima dan tujuh rekod jenayah dan dadah.

"Wanita berusia 26 tahun itu pula seorang penganggur dan turut mempunyai rekod jenayah," katanya.

Beliau berkata, semua suspek kini direman tujuh hari hingga 24 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpulan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eksi-sampai-pengsan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052867 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list