CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9132|Reply: 0

[Sarawak] Tanah susur jejaskan dua keluarga di Rumah Amas Sungai Jikang

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:23 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba melakukan pemantauan dan pemeriksaan tanah runtuh yang berlaku di rumah panjang, Rumah Amas, Sungai Jikang.

BINTANGOR:   Dua keluarga yang tinggal di rumah panjang, Rumah Amas, Sungai Jikang, dekat sini, berdepan dengan detik yang mencemaskan apabila berlaku runtuhan di bahagian belakang rumah mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada jam 10.05 pagi semalam.

“Sejurus menerima panggilan, dua anggota bomba dikerahkan ke rumah panjang tersebut yang terletak 40 kilometer dari balai.

“Ketika sampai di rumah panjang tersebut, anggota bomba mendapati tanah runtuh tersebut telah menjejaskan dua bilik di rumah panjang berkenaan iaitu bilik nombor 11 dan 12.

“Kejadian tersebut turut menyebabkan bilik nombor 12 terputus bekalan elektrik,” kata Nicholas kepada media, semalam.

Jelasnya, dua bilik yang terjejas itu dihuni oleh 11 orang dari dua keluarga.

Namun demikian kata Nicholas, tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku daripada kejadian tersebut.

“Hasil pemantauan yang telah dibuat oleh pasukan bomba mendapati kejadian tanah runtuh tersebut berisiko untuk berlaku lagi sekiranya hujan lebat turun secara berterusan.

“Berdasarkan situasi berkenaan, pihak bomba turut menasihatkan agar penduduk di lokasi terbabit sentiasa berhati-hati dan berwaspada selalu.

“Pada masa yang sama juga, anggota bomba turut memasang tali sawar-sawar di lokasi runtuhan sebagai tanda amaran,” jelasnya lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list