CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8924|Reply: 0

[Sarawak] Program derma darah di tHe Spring Bintulu Ahad ini

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:33 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bandar Jaya dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bintulu akan menganjur Program Derma Darah KRT 2024 pada Ahad ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di lobi pusat beli-belah tHe Spring Bintulu.

Program itu turut mendapat kerjasama Tabung Darah Hospital Bintulu dan Pengurusan tHe Spring Bintulu.

Pengerusi KRT Taman Bandar Jaya merangkap Naib Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Bintulu Kapitan George Ngo menyeru orang ramai untuk memberikan sokongan penuh terhadap kempen derma darah tersebut untuk membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

"Ini merupakan program khidmat komuniti bersama yang pertama pada tahun ini melibatkan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bintulu," katanya di sini, hari ini.

Katanya, setiap orang yang berjaya menderma darah mereka akan menerima sekampit 5 kilogram beras dan menikmati jamuan yang ditaja Presiden Persekutuan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu Datuk Pui Kian Onn.

Untuk keterangan lanjut hubungi Kapitan Ngo di talian 019-8550902 atau Kong Ngiou Kwong (012-8785688).

Sementara itu, Unit Terapi Cara Kerja dan Jabatan Pediatrik Hospital Bintulu akan menganjurkan Hari Kesedaran Kesihatan 2024 di ruang legar pusat beli-belah Boulevard Shopping Mall Bintulu pada Sabtu ini, bermula jam 11 pagi hingga 3 petang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan mewarna, permainan, ceramah dan perkongsian berkaitan, kuiz dan sebagainya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065341 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list