CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9006|Reply: 0

[Sarawak] Program Jom Baca pada 23 April ini di Perpustakaan Awam BDA

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:36 PM | Show all posts |Read mode


Program Jom Baca pada 23 April ini.

BINTULU: Orang ramai dijemput menyertai Program Jom Baca pada 23 April ini anjuran Pustaka Negeri Sarawak Miri di Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini.

Program itu akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari akan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee.

Pustakawan Pustaka Negeri Sarawak Miri Dorithy Dela Lawrence berkata, program ini merupakan acara tahunan pihaknya sebagai usaha menyokong dan menggalakkan amalan membaca dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan.

"Tahun ini, program Jom Baca Bersama 10 Minit diadakan dengan kerjasama BDA dan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu bertemakan 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan'," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, program ini bertujuan untuk menjadi peneraju dalam memperkukuhkan keharmonian dalam masyarakat Sarawak melalui amalan membaca yang berterusan.

Katanya, budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat kerana ia amat penting bagi melahirkan masyarakat yang berilmu serta sebagai pemangkin kemajuan bangsa dan negara.

Katanya, kemuncak program ini para peserta dijemput untuk sama-sama membaca selama 10 minit bermula jam 11 pagi hingga 11.10 pagi.

"Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini digalakkan untuk mendaftar atau klik pautan https://bit.ly/jombaca2024," katanya.

Beliau berkata, untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pustaka Negeri Sarawak Miri di talian 085-422525 atau melalui media sosial rasminya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.114513 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list