CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6392|Reply: 0

UEFA gantung Martinez satu perlawanan

[Copy link]
Post time 20-4-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez memberi isyarat diam kepada penyokong Lille ketika aksi suku akhir Liga Europa di Stade Pierre-Mauroy, Villeneuve-d'Ascq, Perancis. - Foto AFP

LONDON: Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez akan terlepas aksi separuh akhir pertama Liga Europa menentang Olympiakos.

Penjaga gol Argentina itu dilayangkan kad kuning dalam kedua-dua perlawanan suku akhir menentang Lille.

Dia menerima kad kuning kedua dalam penentuan penalti ketika aksi timbal balik suku akhir, tetapi tidak dibuang padang kerana kad kuning dalam permainan tidak dibawa ke penentuan penalti.

Pemenang Piala Dunia itu bagaimanapun masih terikat dengan penggantungan satu perlawanan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kerana kesalahan berulang.


Penggantungan Martinez berdasarkan Artikel 52.02(b) peraturan UEFA: "Dalam kes kesalahan berulang.

"B. daripada perlawanan pertama peringkat kumpulan, pemain dan pegawai pasukan digantung untuk perlawanan seterusnya dalam kejohanan itu selepas tiga kesalahan, yang tidak berakhir dengan kad merah, atau mana-mana jumlah kesalahan angka ganjil seterusnya (lima, tujuh, sembilan dan seterusnya)."

Martinez muncul wira Villa selepas dia menyelamatkan dua sepakan penalti dalam penentuan itu.

Dia menerima kad kuning ketiga pada pertembungan suku akhir itu kerana melakukan provokasi kepada penyokong Lille selepas menyelamatkan sepakan penalti Nabil Bentaleb.

Dia membawa skuad kendalian Unai Emery ke separuh akhir selepas menafikan sepakan Benjamin Andre.

Martinez akan menjadi penonton ketika Villa melayan kunjungan gergasi Greece, Olympiakos pada 2 Mei. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... nez-satu-perlawanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058998 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list