CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5559|Reply: 0

[Selangor] Usahawan tudung dedah pekerja curi RM60,000 dalam empat bulan

[Copy link]
Post time 22-4-2024 12:53 PM | Show all posts |Read mode

Rakaman CCTV memaparkan kegiatan licik seorang pekerja mencuri duit jualan di sebuah kedai tudung.

PETALING JAYA – Seorang pekerja sebuah kedai tudung terkenal ‘kantoi’ mencuri dianggarkan RM60,000 dalam tempoh empat bulan sejak awal tahun ini.

Perkara itu didedahkan usahawan tudung terkenal, Nurul Aida Rosli menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman TikToknya, kelmarin.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, Nurul Aida membongkar kegiatan tersebut apabila mendapati pekerjanya meletakkan duit di tempat lain selain tidak memasukkan data jualan.

Pengarah Hayda International Sdn. Bhd. (Hayda) itu berkata, dia mempunyai sebanyak 52 rakaman CCTV memaparkan kegiatan pekerjanya yang bermula sejak Januari lalu.

“Sebelum ini kami tak nak tuduh tanpa bukti. Patutlah suruh berhenti tak nak. Sangat licik, empat bulan buat kerja, hari-hari tak masukkan jualan tunai pelanggan ‘walk in’.

“Kawan ada dekat sebelah pun dia boleh mencuri. Tak takut sesiapa budak ini,” katanya dalam hantaran sama.

Nurul Aida berkata, melalui pengiraan stok terjual dengan kemasukan duit, dia mengalami kerugian antara RM60,000 hingga RM80,000 meskipun pekerjanya hanya mengaku mengambil sekitar RM30,000.

Katanya, kerugian yang dialaminya memaksa dia menggadaikan emas, menjual kereta termasuk mengeluarkan simpanan untuk meneruskan kelangsungan perniagaannya.

“Saya masih menjaga aib kamu demi keluarga dan bertenang untuk tidak sumbat kamu dalam jel kerana kamu anak yatim. Saya masih fikirkan kamu tapi kamu langsung tak fikirkan bisnes saya.

“Semoga bertaubat dan bayar balik duit syarikat yang kamu curi setiap hari. Itu duit syarikat dan hak semua dibawah bumbung Hayda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -dalam-empat-bulan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.199843 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list