CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7509|Reply: 0

[Selangor] Dua diberkas peras ugut, enggan pulangkan kereta sewa

[Copy link]
Post time 22-4-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

AMPANG – Dua lelaki tempatan diberkas polis Sabtu lalu, selepas enggan memulangkan kereta Toyota Alphard yang disewa dan memeras ugut seorang ejen insurans di Taman Dato Ahmad Razali, di sini, 3 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu lelaki tempatan tampil membuat laporan polis pada pukul 11.15 malam, 3 April lalu.

Katanya, pengadu telah menghubungi suspek pertama namun talian diputuskan sebelum menerima beberapa mesej ugutan dari WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali.

“Dia menerima ugutan gambar api, parang, pistol serta akan merosakkan kenderaan pengadu. Pengadu mengesyaki suspek atau rakannya telah merancang sesuatu.

“Bertindak atas maklumat, kita menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 29 dan 30 tahun dan bekerja sebagai peniaga dan penghantaran makanan di Ara Damansara, Petaling Jaya, pukul 2.15 petang Sabtu lalu.

“Kita merampas dua buah telefon bimbit dan tujuh dokumen bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengadu juga membuat laporan polis ditipu dan kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Arau, Perlis dibawah Sek 420 Kanun Keseksaan.

Menurut Mohd Azam, suspek pertama meminta bayaran kepada pengadu sekiranya mahu kereta dikembalikan.

“Kedua-dua suspek negatif dadah manakala suspek pertama didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan satu masih dikehendaki bersabit kes yang disiasat.

“Permohonan reman terhadap kedua suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama selama empat hari bermula semalam sehingga Rabu ini.

“Kes disiasat bawah Seksyen 385 dan 507 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan pemerasan dan menakutkan orang lain. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... angkan-kereta-sewa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.578335 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list