CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 932|Reply: 0

[Kedah] 'Kehilangan Kak Ija sukar dicari ganti' - Rakan baik

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode

ANIS Amirah menunjukkan gambarnya bersama Noor Rahiza (kanan) yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter di Lumut, Perak. FOTO Zuliaty Zulkiffli.

Yan: "Hubungan saya dan Noor Rahiza sangat rapat hinggakan ada di kalangan rakan memanggil kami kembar kerana tidak pernah berenggang tetapi tak sangka dia pergi dulu," kata Bintara Muda TNL Anis Amirah Zulkifli, 37.

Menurutnya, dia terkejut menerima panggilan daripada rakannya pada hari kejadian apabila memaklumkan rakan baiknya itu, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, terkorban dalam kejadian membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut, Perak, Selasa lalu.

Katanya, semua yang berlaku bagaikan mimpi kerana kali terakhir bertemu arwah sebelum Aidilfitri lalu.

"Saya terima panggilan daripada seorang lagi rakan baik yang memaklumkan Kak Ija (panggilan Noor Rahiza) memang ada dalam helikopter yang jatuh.


"Saya tanya dia, Kak Ija cedera ke tetapi rakan beritahu arwah sudah tiada. Ya Allah, saya tak tahu nak cakap... sekelip mata," katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat, di sini malam tadi.

Anis Amirah berkata, ketika kali terakhir dia bertemu dengan Noor Rahiza mereka sempat berbual dan bersalaman serta mencium pipi sebelum arwah memberitahu akan pulang ke kampungnya untuk beraya di sini.

Katanya, mereka berkawan baik sejak hampir 10 tahun lalu ketika bertugas di unit yang sama iaitu KD Sri Kuantan di Lumut, Perak.

"Memang Kak Ija seorang yang sangat baik dan suka membantu orang. Kehilangannya amat dirasai kerana setiap minggu dia akan singgah di rumah saya selepas menghantar anaknya ke kelas tambahan.

"Walaupun sekarang kami bertugas di berlainan unit namun kami tetap bersahabat baik dan kehilangannya sukar dicari ganti," katanya sambil menahan sebak.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia sempat ke rumah arwah tidak jauh dari rumahnya untuk melihat keadaan empat anak Noor Rahiza yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Katanya, dia melihat anak-anak arwah menangis dan mereka berpelukan sesama sendiri kerana tidak menyangka kejadian itu berlaku.

"Walaupun arwah sudah tiada, saya berharap hubungan dengan anak-anaknya tidak akan terputus malah saya pesan pada mereka, kalau ada apa-apa bantuan yang diperlukan, hubungi saya," katanya.

Menurutnya, Noor Rahiza juga menghantar kiriman WhatsApp pada 17 April lalu mengajaknya datang ke rumah di Lumut pada hari raya ketujuh kerana dia hendak memasak untuk menyambut Hari Raya.

Namun katanya, disebabkan dia hendak pulang ke kampung, dia menunda tarikh lain tetapi tidak tahu bila.

"Arwah Kak Ija memang suka memasak dan paling saya suka adalah laksa dan mihun sup... lepas ni tak dapat makan masakan dia lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ri-ganti-rakan-baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047388 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list