CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 2

[Tempatan] 3 beranak selisih maut, tak cedera walau kereta jatuh gaung Gunung Inas

  [Copy link]
Post time 26-4-2024 09:24 AM | Show all posts |Read mode
3 beranak selisih maut, tak cedera walau kereta jatuh gaung Gunung Inas
Oleh Adie Zulkifli - April 26, 2024 @ 8:42am
news@nst.com.my


Bomba menyelamatkan tiga beranak selepas terbabit nahas di gaung Gunung Inas. - Foto Bomba


BALING: Suami isteri dan seorang anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun selamat dan tidak cedera walaupun kereta yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke gaung di Gunung Inas di sini semalam.

Ketua polis Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata dalam kejadian jam 7 malam, keluarga itu dalam perjalanan menggunakan Honda City dari Kampung Baru Kuak Luar di Pengkalan Hulu ke Baling.

Apabila sampai di tempat kejadian, wanita yang dikenali sebagai Nur Raihan Rumli yang sedang memandu telah kehilangan kawalan ketika sedang menuruni bukit.

"Kereta itu terjunam ke gaung di kanan jalan menyebabkan kereta itu rosak teruk," katanya dalam kenyataan.

Shamsudin berkata Nur Raihan, suaminya Abdul Jalal Mat Zaini, 26 tahun, dan anak lelaki mereka Muhammad Adib Kamali Abdul Jalal tidak cedera.

"Bagaimanapun, wanita itu dimasukkan ke zon merah Hospital Baling untuk pemerhatian kerana dia mengandung tujuh bulan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud, berkata penyelamat telah menggunakan tali untuk turun ke gaung untuk mengeluarkan mangsa.

"Mangsa-mangsa itu telah diselamatkan dan kemudian diberi rawatan sebelum dibawa ke Hospital Baling," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah selamat mereka sekeluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah selamat. pasni mesti laki dia trauma nk bagi bini drive
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.056512 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list