CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 0

[Dunia] Wanita indon acu parang ketika diminta bayar hutang

[Copy link]
Post time 26-4-2024 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Wanita acu parang ketika diminta bayar hutang

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... minta-bayar-hutang/

Oleh KOSMO
25 April 2024, 5:00 pm


Wanita mengeluarkan parang selepas diminta untuk membayar hutang. - INSTAGRAM @portalsulsesl

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang wanita yang mengamuk selepas dia diminta untuk membayar hutang, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Sinassara, Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan kelmarin.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh akaun @portalsulsesl, wanita berbaju merah jambu dilihat mengamuk selepas pemiutang datang ke rumahnya.

Lebih memeranjatkan adalah apabila wanita berkenaan mengeluarkan sebilah parang untuk mengusir pemiutang berkenaan.

“Saya sudah cakap, minggu depan saya bayar setelah suami sudah mendapat gaji.

“Jangan buat saya marah kerana suami saya sedang sakit dan anda terus memaksa untuk saya membayar hutang.

“Sudah pasti saya mahu bayar tetapi tunggulah suami saya mendapat gaji, saya tidak suka dipaksa,” kata wanita itu. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.159286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list