CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 0

[Kedah] Stor seleweng minyak diesel kena serbu KPDN

[Copy link]
Post time 26-4-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Stor seleweng minyak diesel kena serbu KPDN

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

26 April 2024 10:15am








KPDN Kedah rampas 6,900 diesel bersubsidi di stor tidak bernombor di Napoh, di sini, pada Khamis.




JITRA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas sebanyak 6,900 liter minyak diesel di sebuah stor tidak bernombor di Napoh, di sini, pada Khamis.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan lapan anggota penguat kuasa KPDN Kedah kira-kira jam 3 petang hasil risikan menerusi Ops Tiris 3.0.



Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat enam lelaki dipercayai pekerja berada di premis tersebut.
"Pemeriksaan lanjut telah menemui sejumlah minyak diesel yang disimpan di premis tanpa lesen atau permit yang sah.


"Sehubungan itu, pasukan serbuan telah membuat tangkapan ke atas semua individu yang berada di premis tersebut untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pegawai serbuan KPDN Kedah kemudiannya menyita 6,900 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM14,145.

"Turut dirampas, 10 unit tangki Intermediate Bulk Container' (IBC), sebuah kenderaan berpendaftaran asing dan dua buah kenderaan berpendaftaran tempatan untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau memaklumkan, jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM93,245 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.332931 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list