CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Pulau Pinang] Alasan dia tak tahu ada upacara pengebumian tak masuk akal' - Penduduk

[Copy link]
Post time 26-4-2024 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Alasan dia tak tahu ada upacara pengebumian tak masuk akal' - Penduduk


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



SEBAHAGIAN penduduk Sungai Nibong Besar membuat laporan polis susulan kejadian kekecohan yang berlaku ketika upacara pengebumian nahas korban helikopter TLDM. FOTO Zuhainy Zulkiffli​​





Georgetown: Penduduk Sungai Nibong Besar menggesa polis menjalankan siasatan telus terhadap pemandu sebuah kereta yang didakwa menimbulkan suasana tidak harmoni ketika upacara pengebumian nahas korban helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhampiran Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, di sini, Rabu lalu.

Wakil penduduk, Arshad Kassim, 62, berkata, dia serta penduduk Sungai Nibong Besar rasa kecewa dengan tindakan pemandu Honda City itu yang seolah-olah tidak menghormati kawasan masjid serta upacara yang berlangsung.

Katanya, pihaknya menggesa siasatan dibuat terhadap lelaki itu dikaitkan dengan 3R (raja, kaum, agama) kerana tindakannya mampu menggugat keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.

"Kami rasa terhina dan marah kepada pemilik kereta yang membunyikan hon itu kerana tidak menghormati kawasan masjid, tidak menghormati agama, umat Islam dan upacara TLDM.

"Selama ini kita hormati semua kaum tetapi kali ini kita mahu polis ambil tindakan atas kebiadabannya," katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, hari ini.

Arshad ditemui bersama hampir 30 penduduk di perkarangan Balai Polis Sungai Nibong, di sini, selepas membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, laporan dibuat supaya polis dapat lakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pemandu yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

"Kami percaya laporan yang dibuat itu adalah pembohongan yang memutarbelitkan fakta sebenar dengan mendakwa terlanggar motosikal sedangkan tiada motosikal di situ.

"Alasan tidak tahu mengenai upacara juga tidak masuk akal kerana kawasan itu dikawal baik pihak berkuasa. Bunyikan hon sebanyak dua kali, ia bukannya tindakan yang tidak sengaja.


"Dalam laporan yang dibuat pemandu itu, penduduk dan kariah digambarkan seperti 'gangster' sedangkan dia tidak mengaku kesilapannya. Jika salah, mengaku saja dan usah berdalih," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai insiden itu selepas tular di media sosial menerusi beberapa klip video memaparkan istiadat membawa jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM Allahyarham Muhammad Firdaus ke tanah perkuburan Islam berhampiran masjid sebelum pemandu kenderaan membunyikan hon.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pemandu itu mendakwa terlanggar sebuah motosikal di bahagian kanan keretanya ketika melalui jalan berkenaan pada jam 7.45 petang.

Pemandu yang berusia 46 tahun itu berasa panik lalu tertekan hon menyebabkan keretanya dikerumuni orang ramai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat.



Disiarkan pada: April 26, 2024 @ 6:09pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065232 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list