CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6480|Reply: 0

[Tempatan] Pihak dikaitkan dalam laporan lesen kasino perlu ambil tindakan, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 26-4-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Pihak dikaitkan dalam laporan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM

https://www.malaysiakini.com/news/703725

Bernama
Diterbitkan:  Apr 26, 2024 5:14 PM
Dikemaskini: 4:14 PM



Pihak-pihak yang dikaitkan dalam laporan sebuah agensi berita asing baru-baru ini yang mendakwa kerajaan merancang untuk mengeluarkan lesen bagi pengoperasian kasino di Forest City, Johor, perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi berita berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka yang disentuh (dalam laporan itu) perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines (MAB) di Sepang hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada kerajaan akan meminta agensi berita berkenaan menarik balik laporan mereka, atau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita berpangkalan di New York itu.

Semalam Perdana Menteri menafikan laporan berita itu, yang mengatakan bahawa kerajaan sedang menimbangkan untuk mengeluarkan lesen kasino kedua bagi Forest City selepas Genting Highlands, dan Anwar menyifatkan laporan itu sebagai tidak betul, dan bohong.

Agensi berita itu mendakwa pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Tay sedang berbincang dengan kerajaan berhubung pembukaan sebuah kasino di Forest City, Johor.

Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.

Projek Forest City yang terletak di Gelang Patah itu bermula pada 2015, yang sehingga kini ia mempunyai 28,000 unit kediaman yang telah siap dibina, dengan fokus utama pemaju tertumpu pada pulau buatan pertama seluas 560 hektar.

- Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.078338 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list