CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 0

[Tempatan] Mayat reput cacah di lengan ditemukan terapung

[Copy link]
Post time 27-4-2024 07:17 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Seorang warga emas yang menjala ikan di Sungai Linggi, Jalan Paroi-Senawang di sini, terkejut apabila mendapati objek terapung dilihatnya adalah mayat manusia.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa lelaki tidak berbaju dan tanpa identiti itu dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam lalu berdasarkan keadaan mayat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata mangsa adalah warga tempatan dan berusia dalam lingkungan 40-an.

"Seorang lelaki yang menjala di kawasan ini membuat laporan selepas mendakwa menemui mayat terapung.

"Pasukan forensik yang bergegas ke lokasi mendapati mayat sudah mereput dan berbau.

"Berdasarkan keadaannya, lelaki ini dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam lalu. Mayat ditemui tanpa baju, tanpa dokumen dan hanya berseluar jeans," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai cacah pada lengan tetapi tidak dapat dikenal pasti kerana mayat sudah mereput.

"Mayat mangsa dipercayai hanyut dari hulu sungai dan belum dapat dipastikan jika ada kesan kecederaan pada mayat.

"Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat.

"Mungkin masa memancing dan terjatuh lalu hanyut. Saya meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga tampil ke balai polis untuk memberikan maklumat," katanya.


Anggota polis mengangkat mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Sungai Linggi, Jalan Paroi- Senawang, petang tadi. - NSTP/AHMAD HASBI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.113375 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list