CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 2

[Jenayah] Penemuan 392 mayat dalam kubur besar di Selatan Gaza

[Copy link]
Post time 27-4-2024 07:30 PM | Show all posts |Read mode
SEMENANJUNG GAZA: Pihak berkuasa Palestin menamatkan pencarian berikutan penemuan 392 mayat, termasuk beberapa yang masih memakai pakaian pembedahan di sebuah kubur besar berhampiran sebuah hospital terletak di Selatan Gaza.

Seorang pegawai daripada Pertahanan Awam Palestin di Gaza, Mohammed Al Mighayyer, berkata pekerja mengenal pasti 165 mayat di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selepas pengunduran tentera Israel dari kawasan itu awal bulan ini.

Katanya, baki 227 mayat masih diperiksa untuk menentukan identiti mereka.

"Kami menemukan tiga kubur besar, pertama di hadapan bilik mayat, kedua di belakang bilik mayat dan ketiga di utara bangunan rawatan dialisis," katanya.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF), berkata dakwaan itu adalah palsu dan kubur di kompleks Nasser sudah digali oleh penduduk Palestin di Gaza beberapa bulan lalu.

Pertahanan Awam Gaza mengakui sekitar 100 mayat dikebumikan di kubur di hospital Nasser sebelum operasi IDF di sana.

Al Mighayyer berkata, pihaknya mendapati terdapat mayat kanak-kanak di kubur besar di Kompleks Perubatan Nasser, yang membuktikan jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Katanya, mereka mengesyaki sekurang-kurangnya 20 orang awam ditimbus hidup-hidup di kompleks terbabit.

Al Mighayyer juga mendakwa, terdapat pelaksanaan hukuman mati terhadap pesakit yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Beberapa mayat ditemui dengan kesan tembakan di kepala dan kecederaan di badan," katanya.

Bagaimanapun, dakwaan dan punca kematian masih belum dapat disahkan dan tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian mereka.

Ditanya mengenai kubur besar di Hospital Nasser pada taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, berkata organisasi itu sudah meminta penyiasatan antarabangsa dilakukan.

"Bagaimanapun, siasatan dari mana sahaja perlu mendapat akses ke Gaza yang memerlukan kebenaran beberapa negara termasuk Israel," tambahnya.

Amnesty International turut menggesa siasatan ke atas kubur besar di hospital Nasser dan hospital lain di Gaza, kompleks perubatan Al-Shifa, dengan mengatakan terdapat 'keperluan mendesak untuk memberikan akses kepada penyiasat hak asasi manusia yang bebas'.

"Tapak kubur besar adalah tempat kejadian jenayah yang berpotensi menawarkan bukti forensik penting dan sensitif kepada masa.

"Mereka perlu dilindungi sehingga pakar forensik profesional yang mempunyai kemahiran dan sumber boleh menjalankan penggalian yang mencukupi dan pengecaman tepat ke atas mayat mangsa," katanya. - AGENSI

     
    
    


Orang ramai berkumpul berhampiran mayat yang disusun bagi pengecaman selepas digali daripada sebuah kubu besar yang ditemukan di Kompleks Perubatan Nasser di selatan Semenanjug Gaza. - Foto AFP



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2024 07:30 PM | Show all posts

Amnesty International turut menggesa siasatan terhadap kubur besar di dua hospital di Gaza. - Foto AFP
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyatnya.jahat betol Israel terlaknat ni.pbb masih pejam mata.mmng gampunk ya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053415 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list