CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 579|Reply: 0

[Jenayah] Menantu ‘hantu’ bakar rumah mertua

[Copy link]
Post time 27-4-2024 08:43 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA – Sebuah rakaman tular di media sosial memaparkan perbuatan seorang menantu lelaki membakar rumah mertua selepas dia bertengkar dengan isterinya, lapor akhbar Tribunnews.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan semalam sekitar pukul 2.13 pagi (waktu tempatan).

Menerusi rakaman itu, suspek dilihat menyimbah petrol pada kediaman mangsa  lalu menyalakan api sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Api yang kemudian marak dapat segera dipadamkan oleh pemilik rumah, namun kebakaran itu menyebabkan meja dan dinding hadapan kediamannya rosak.

Pegawai polis tempatan, Muhammad Idris berkata, mangsa telah membuat laporan di balai polis.

“Pemilik rumah sudah membuat laporan polis. Kami sudah mendapat rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Kes seperti ini harus membuat laporan kepada polis kerana sudah menjadi lain daripada yang lain,” kata Idris.

Menurutnya, polis masih memburu suspek kes tersebut. – AGENSI


Lelaki tersebut bertindak membakar rumah mertuanya selepas bertengkar dengan isterinya. - TRIBUNNEWS



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063993 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list