CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia kekurangan pegawai veterinar

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:12 PM | Show all posts |Read mode


SERDANG – Malaysia masih kekurangan pegawai veterinar sama ada dalam sektor awam mahupun swasta untuk mencapai nisbah ideal iaitu satu pegawai veterinar bagi setiap 5,000 orang yang memiliki haiwan ternakan atau peliharaan di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, Malaysia dianggarkan memerlukan lebih 6,400 pegawai veterinar di seluruh negara untuk mencapai nisbah ideal tersebut.

“Australia terdapat 13,000 veterinarwan (pegawai veterinar), Jepun (40,251), Thailand (15,000), Taiwan (5,342). Dalam hal ini, Malaysia pula hanya mempunyai 2,236 veterinarwan.

“Peranan mereka amat kritikal dalam mengenal pasti dan mengawal risiko penyakit, menjalankan penyelidikan dan pembangunan baka baru, serta memeriksa dan memantau haiwan serta produk-produknya hilirannya seperti daging, susu, dan telur.

“Ia bagi memastikan setiap produk daging yang kita makan adalah selamat, bersih, berkualiti, dan halal,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Veterinar Sedunia di Laman Ternakan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Sambutan Hari Veterinar Sedunia Tahun 2024 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar tersebut diadakan bermula 25 April lalu dan akan berakhir esok.

Lokman Hakim berkata, majoriti graduan bagi profesion veterinar dari dua fakulti veterinar tempatan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), manakala selebihnya graduan luar negara meliputi Indonesia, Taiwan, India dan Pakistan.

Menurut beliau, pada masa ini, UPM hanya mempunyai kapasiti menghasilkan seramai 120 graduan veterinar, manakala UMK pula mempunyai kapasiti menghasilkan 40 graduan veterinar setiap tahun.

Kata beliau, graduan veterinar luar negara pula dianggarkan dalam lingkungan 60 hingga 80 orang setiap tahun menjadikan jumlah graduan veterinar negara setiap tahun seramai 220 ke 240 orang.

“Usaha kerjasama yang lebih luas perlu dilaksanakan dengan pelbagai Universiti Awam dan Swasta di Malaysia bagi mempromosikan tentang peri pentingnya peranan dan kerjaya legawai veterinar dan seterusnya membuka ruang untuk mempertingkatkan bilangan kursus perkhidmatan veterinar di pelbagai universiti di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Lokman Hakim ketika merasmikan Hari Veterinar Sedunia 2024 di Laman Ternakan MAEPS, Serdang, Selangor hari ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.240572 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list