CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 1

[Tempatan] Pencarum KWSP diberi pilihan sekali saja untuk pindah amaun ke Akaun Fleksibel

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelum ini Akaun 2) sebagai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, transaksi ini akan berkuat kuasa dari 11 Mei hingga 31 Ogos ini dan selepas tempoh itu, pencarum tidak boleh membatalkannya.

Katanya, sekiranya pencarum tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera.

"Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum selepas tarikh pelaksanaan.

"Sekiranya pencarum membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel dan akaun lain (jika berkenaan) adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli itu pada tarikh permohonan pilihan dibuat pencarum," kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

KWSP berkata, pindahan ke Akaun Fleksibel akan dibuat 10/30 daripada baki dalam Akaun Sejahtera berjumlah RM3,000 dan ke atas.

"Sebanyak 5/30 daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan dan 15/30 akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera," katanya.

Menurut KWSP, bagi pencarum yang mempunyai baki dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000, terdapat dua cara pindahan akan dilakukan.

"Yang pertama, Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

"Yang kedua, jika Akaun Sejahtera mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

"Perbezaan dalam kaedah pengagihan ini untuk membolehkan ahli yang mempunyai baki simpanan rendah untuk turut mempunyai jumlah permulaan yang bermakna dalam Akaun Fleksibel mereka," katanya.

KWSP berkata, pencarum yang ingin memanfaatkan pilihan ini boleh mengemukakan permohonan mereka melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal di mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

"Pencarum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

"Pencarum yang masih belum mendaftar i-Akaun KWSP digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan," katanya.

Katanya, seperti amalan sediakala, semua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel pencarum yang mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55.

"Caruman baharu yang diterima ahli mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas," katanya.

Pencarum boleh mengakses sistem sepenuhnya pada 12 Mei ini.

Pencarum juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau melalui KWSP i-Akaun bagi mengetahui maklumat mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP.

PENCARUM KWSP diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelum ini Akaun 2) sebagai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel. FOTO Arkib NSTP



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2024 09:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064975 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list