CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 11

Pendaki Gunung Yong Belar ‘disambut’ suara riuh-rendah... Bunyi aneh makin ketara ketika kawan baca al-Fatihah

  [Copy link]
Post time 28-4-2024 07:19 AM | Show all posts |Read mode
KERAP timbul perbincangan dalam masyarakat tentang kewujudan alam ghaib, dimensi yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Antara yang sering menggusarkan orang ramai adalah pendedahan pelbagai bentuk gangguan makhluk halus, seperti penampakan entiti, bau dan juga bunyi.

Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang wanita menceritakan momen seram yang dilaluinya ketika mendaki bersama rakan di Gunung Yong Belar, Perak.

Berdasarkan video tersebut, wanita itu mendakwa dia mendengar suara riuh-rendah pada audio latar meskipun ketika rakaman sedang dibuat, suasana sekitar adalah hening.

"Waktu ni saya antara orang terawal sampai dekat Kem Kasut dengan dua kawan yang lain. Seorang kawan saya ni namanya Irfan, dia imamkan solat.

"Dia baca al-Fatihah dengan agak kuat serta alunannya juga sedap, jadi saya tergerak untuk mula merakam, menarik hendak dimasukkan ke dalam video rangkuman perjalanan kami.

"Tapi alangkah terkejutnya saya apabila buka balik video tu, saya dapat dengar bunyi bising dekat belakang, seolah macam ramai orang di situ. Suara itu tidak lantang, ia seakan-akan bisikan.

"Padahal di kiri dan kanan saya tiada orang, kumpulan pendaki yang lain pun berada jauh daripada saya. Apa benda yang saya dengar tu agaknya?," soal itu wanita cuba mencari jawapan kepada keanehan tersebut.

Tambah wanita itu lagi, rakaman video tersebut bukan satu-satunya gangguan yang dialaminya ketika mendaki pada hari terbabit.

"Waktu saya mendaki secara berkumpulan tu, saya jalan lambat dan ketinggalan sekejap di belakang. Yang lain semua dah di depan. Tiba-tiba saya dengar suara macam ramai orang dekat satu lokasi tu.

"Seperti wujud perkampungan sekitar kawasan berkenaan, tapi di tengah hutan belantara. Saya cekalkan hati dan terus jalan pantas untuk masuk semula dalam kumpulan, tak mahu fikir bukan-bukan," ujar wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsikan kisah merinding bulu roma yang turut dialami mereka.

"Saya dengan kawan pun baru balik daripada berkelah di Yong Belar, kami sesat sampai terpusing-pusing di tempat sama, dekat 20 jam baru boleh keluar. Taubat dah nak pergi sana.

"Ada video saya rakam di sebuah taman rekreasi, apabila saya tengok balik, boleh dengar orang menyanyi dan berbisik betul-betul sebelah saya. Meremang habis satu badan.

"Sama juga saya, berkelah dalam khemah dekat hutan, tiba-tiba dengar bunyi bising orang berborak di luar padahal memang tiada siapa. Sejak tu aku terus boikot aktiviti berkelah," kata sebahagian pelayar.

Bagi mereka yang beragama Islam, kita harus beriman dan percaya kepada perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, hari akhirat serta makhluk halus meliputi jin dan syaitan.

                                                                                Rakaman video tular di hutan yang mempunyai suara misteri.         
            



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bideo pliss
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 27-4-2024 05:32 PM

Selalu yang claimed pelik pelik ini seperti visual... Auditory.. Olfactory(smell)... Gustatory(taste) and tactile(touch) associated dengan halucination.. Benda ini bukan supernatural ada makhluk ghoib kah apa... Prominent scientist tidak ada agama pun experiencing hallucination jenis begini...salah orang yang ngaku carl sagan... Hallucination bukan mental problem seperti schizo kah apa ini natural.. ramai yang experience akan cuba bukti kan kepada orang lain akan buat cerita alam ghoib sebab convincing  ter utama kepada person yang ada same hallucination experiences ..cerita nya ko tidak gila or mental problem nyah ini common .. Cuma taboo dalam society apa bila guna word hallucination (temporary)
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
emm,,biasa la hutan2 ni tempat berbagai makhluk mendiami... yg penting jaga kebersihan tempat tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda video tak percaya.

Nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 10:24 AM | Show all posts
terlalu byk nonton filem hantu
filem hantu ni mcm filem porno
rosakkkn minda tanpa sedar

dia brainwash otak korang jadi penakut dgn benda2 cmni, dgnhuraiannya pjg2 , biar korg mengalamun dlm ketakutan biar korang tinggi imaginasi bagai, biar leh bygkn apa yg dgr/nmpk dpn mata

setau aku la
takde sorg nabi pun suruh baca cerita hantu kat sahabat2 agar takut..

hanya umat meleis je yg buat utk rosakkn minda ,psl tu jadi penakut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Lapar konten
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 28-4-2024 09:10 AM
Bideo pliss

Tak payah la. Kalau ada pun mesti bideo kualiti 3gp audio macam mp3 12 kbit/s, ngam-ngam nak dengar sesuatu terus stop recording.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 28-4-2024 11:09 AM
Tak payah la. Kalau ada pun mesti bideo kualiti 3gp audio macam mp3 12 kbit/s, ngam-ngam nak denga ...

Alasan tutup rakaman sebab terlalu seram dan takut.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 28-4-2024 10:24 AM
terlalu byk nonton filem hantu
filem hantu ni mcm filem porno
rosakkkn minda tanpa sedar


Otak Indon KKN Desa Penari Wisata Horror untuk memanggil Wisatawan di Desa Kumuh dan Terpuruk

@nusaraya


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:34 AM | Show all posts
Banyak perkara misteri di kawasan hutan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 28-4-2024 11:34 AM
Banyak perkara misteri di kawasan hutan

Boleh buat Wisata Horror
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059792 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list