CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 899|Reply: 0

[Jenayah] Iraq lulus RUU hukuman penjara 10-15 tahun bagi hubungan seks sejenis

[Copy link]
Post time 28-4-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode
BAGHDAD: Parlimen Iraq meluluskan rang undang-undang (RUU) menakrifkan hubungan seks sejenis sebagai jenayah, dengan pesalah boleh dihukum penjara antara 10 hingga 15 tahun.

Individu transgender pula boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun di bawah pindaan terkini terhadap undang-undang anti-pelacuran 1988, yang diterima pakai semasa sesi yang dihadiri 170 daripada 329 penggubal undang-undang.

Deraf sebelumnya mencadangkan hukuman mati bagi hubungan seks sejenis, dalam apa yang disifatkan aktivis hak asasi sebagai keputusan yang 'berbahaya', di negara di mana golongan gay dan transgender sudah kerap menghadapi serangan serta diskriminasi.

Pindaan baharu itu membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun kepada orang yang terbabit dalam hubungan sejenis, menurut dokumen yang dilihat AFP.

Mereka juga menetapkan hukuman penjara minimum tujuh tahun jika 'mempromosikan' hubungan sejenis dan hukuman antara satu hingga tiga tahun untuk lelaki yang 'sengaja berkelakukan seperti wanita'.

Pindaan undang-undang juga menetapkan bahawa 'perubahan jantina biologi berdasarkan keinginan dan kecenderungan peribadi' sebagai jenayah.

Sehubungan itu, orang transgender dan doktor yang melakukan pembedahan bagi penukaran jantina juga boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun.

Homoseksualiti adalah dilarang sama sekali dalam masyarakat konservatif Iraq, namun sebelum ini tidak ada undang-undang yang secara khusus menghukum hubungan sejenis.

Pindaan itu juga mengharamkan pertubuhan yang 'mempromosikan' homoseksual dan menghukum amalan 'bertukar isteri' dengan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun.

"Undang-undang berfungsi sebagai langkah pencegahan untuk melindungi masyarakat daripada tindakan sedemikian," kata ahli Parlimen yang mengusulkan pindaan itu, Raed al-Maliki, kepada AFP.

Beliau berkata, kelulusan bagi pindaan baharu itu ditangguhkan sehingga selepas lawatan Perdana Menteri Iraq, Mohamed Shia al-Sudani, ke Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini.

"AS dan Kesatuan Eropah (EU) menentang undang-undang ini dan kami tidak mahu ia memberi kesan kepada lawatan itu," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara AS, Matt Miller, berkata ia adalah perkara dalaman dan pihaknya tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Iraq.

"Namun, Jabatan Negara AS sangat prihatin mengenai undang-undang itu, yang mengancam golongan yang paling berisiko dalam masyarakat Iraq dan melemahkan usaha pembaharuan politik serta ekonomi kerajaan," katanya. - AFP

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, bertemu dengan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani, di Rumah Putih di Washington, AS. - Foto REUTERS



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052226 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list