CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 0

[Jenayah] PRK KKB: Khairul Azhari tidak berbohong dengan kelayakan pendidikannya - Azmin

[Copy link]
Post time 28-4-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode
HULU SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) berpuas hati dengan latar belakang pendidikan calonnya, Khairul Azhari Saut, yang bertanding bagi merebut kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata BERSATU teguh menyokong, malah sudah melakukan pengesahan ketat kelayakan Khairul Azhari dan mendapati calonnya itu sangat berkelayakan.

Katanya, parti juga berpuas hati serta yakin dengan pencapaian, rekod prestasi dan kelayakan dimiliki calon.

Tidak perlulah calon kena 'menggantung sarjananya' ketika berkempen kerana parti (BERSATU) sudah membuat saringan cukup ketat.

"Sijil sedemikian memang ada dikeluarkan banyak universiti sama ada universiti tempatan dan antarabangsa yang ditawarkan kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja sekian lama dan ingin menyambung pengajian dalam kepada bidang pengkhususan tertentu melalui diploma atau sarjana eksekutif.

"Jadi jelas calon tiada sebarang niat berbohong dan dalam tapisan dibuat, kita berpuas hati beliau seorang berkelayakan menimba ilmu dalam bidang tertentu dan ia satu perkara baik kerana sentiasa ingin menimba ilmu itu satu amalan biasa (menawarkan sarjana eksekutif) dibuat semua universiti," katanya kepada media selepas selesai Ceramah Kelompok PN malam tadi.

Selain hadir bersama calon PN, ceramah itu juga dihadiri Pengerusi PN Negeri Sembilan dan Ketua BERSATU Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin juga menasihatkan pengundi tidak terperangkap dengan isu yang digembar-gembur lawan dan mereka tidak akan terima walaupun berulang kali diberi penjelasan.

"Pihak lawan tiada isu lain berbanding PN yang mempunyai pelbagai isu berkaitan rakyat, jadi pengundi tidak harus terperangkap dan harapan kita, PN mahu mempersembahkan wakil yang dapat memberi khidmat dan bakti cemerlang kepada pengundi.

"Selain itu, kita berhasrat mahu menjadi wakil pembangkang yang efektif supaya peranan 'semak dan imbang' itu dapat disuburkan danitu bagus untuk rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin turut mengulas mengenai pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) melalui DAP menang PRK ini dengan mengatakan pihak yang menentukan kemenangan ialah pengundi Kuala Kubu Bharu.

"Apa sedang dilakukan oleh parti yang bertanding, kita turun ke bawah dan memberi penjelasan dan meyakinkan pengundi mengenai dasar dan perjuangan parti masing-masing dan pengundi membuat pilihan mereka.

"Saya yakin pengundi hari ini cukup matang terutama kalangan anak muda yang mempunyai akses kepada maklumat melalui internet dan sebagainya, di situ mereka boleh membuat penilaian dan apa dilakukan dalam ceramah hanya memberi maklumat tambahan dan rakyat menentukan siapa pilihannya.

"Namun berdasarkan rekod PN peringkat Persekutuan atau Negeri, rakyat akan membuat pertimbangan seadilnya untuk memberi peluang kepada PN walaupun kitatidak dapat mengubah Kerajaan Negeri tetapi suara rakyat akan lebih kuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri," katanya.

Beliau juga turut mengatakan pandangan Tun M, wajar dihormati tetapi dalam situasi semasa parti perlu berada di lapangan dan tidak boleh 'disconnect' atau terpisah dengan sentimen dan aspirasi rakyat.

"Bagaimana hebat sesebuah parti, mereka kena turun ke akar umbi bertemu rakyat dan memberi penjelasan dan perkara ini kita sedang dilakukan kerana kita mengharapkan mereka memberi sokongan," katanya.

Sementara itu, dalam ceramahnya, Khairul Azhari menjelaskan mengenai kontroversi latar belakang pendidikannya dengan menyifatkan pertikaian yang ditimbulkan itu sebagai 'ujian' sebagai calon bertanding.

"Hari ini, saya diserang secara peribadi berhubung kelayakan akademik saya. Saya tidak kisah kerana saya tidak berbohong dan sijil yang saya serahkan bukan dari Sri Lanka ke Vietnam.

"Sijil yang saya dapat adalah dari Malaysia sendiri, dari Universiti Malaysia Pahang, mereka boleh hubungi universiti untuk pengesahan.

"Apa yang saya hadapi sekarang ini hanyalah ujian buat saya, jadi kita tidak boleh salahkan mereka kerana menguji saya sebelum pilihan raya ini, macam-macam halangan akan berlaku," katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu yang dijadualkan pada 11 Mei ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon daripada pelbagai parti termasuk PH (Pang Sock Tao), PN (Khairul Azhari Saut), Parti Rakyat Malaysia (Hafizah Zainudin) dan calon bebas (Nyau Ke Xin).

PRK itu dibuat selepas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tiga penggalnya daripada DAP, Lee Kee Hiong.

Khairul Azhari meninjau PDM Taman Seri Batang Kali ketika memulakan kempen PRK DUN Kuala Kubu Bharu. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list