CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3032|Reply: 0

[Selangor] Niat membantu, sudahnya dipukul

[Copy link]
Post time 29-4-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang Jaya: Hanya kerana tidak mahu membantu mengangkat tong gas, seorang penghantar barang cedera dipukul di Taman Putra, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian 3.30 petang berlaku ketika mangsa berusia 36 tahun terserempak dengan lelaki berkenaan yang hampir jatuh ketika membawa tong gas.

"Mangsa kemudian membantu lelaki itu daripada terjatuh namun suspek meminta mangsa mengambil tong gas dan meletak di atas motosikalnya.

"Mangsa enggan berbuat demikian kerana mempunyai masalah tulang belakang. Suspek kemudian berang dan bertindak agresif dengan mengacukan pistol mainan kepada mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Azam berkata, suspek juga memukul mangsa dengan topi keledar di bahagian dahi sehingga mendatangkan kecederaan.

"Mangsa kemudian membuat laporan berhubung kejadian. Susulan itu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berjaya menahan suspek berusia 31 tahun di Kampung Tasik Permai Ampang semalam.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau. Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tu-sudahnya-dipukul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.049088 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list