CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4280|Reply: 0

Jepun, Uzbekistan berentap di final

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:02 AM | Show all posts |Read mode

GAYA Hosoya meraikan jaringan pertama Jepun ketika menentang Iraq. FOTO AFP

Doha: Uzbekistan dan Jepun meraih dua daripada tiga tiket ke Sukan Olimpik tahun ini dalam acara bola sepak selepas masing-masing menewaskan Indonesia dan Jepun di Piala Asia B-23 di Qatar.

Uzbekistan menang 2-0 ke atas Indonesia di separuh akhir malam semalam untuk mengesahkan penampilan pertama mereka di temasya itu sejak mendapat kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991.

Husain Norchaev meletakkan skuad Timur Kapadze di depan menerusi rembatan voli jarak dekat minit ke-68 sebelum jaringan sendiri Pratama Arhan pada lewat perlawanan membolehkan Uzbekistan mara ke Olimpik dan final Piala Asia B-23.

Mereka akan menentang Jepun yang menewaskan Iraq 2-0 di Stadium Jassim bin Hamad awal pagi tadi hasil jaringan Mao Hosoya dan Ryotaro Araki pada minit ke-28 dan 42.


Kemenangan itu bermakna Jepun mengekalkan rekod layak ke setiap Sukan Olimpik sejak 1996.

Uzbekistan, juara Piala Asia B-23 akan berdepan Jepun pada final Jumaat ini manakala Indonesia dan Iraq bertemu pada Khamis untuk slot ketiga Asia ke Paris.

Pasukan yang tewas akan menentang Guinea yang menduduki tempat keempat kejohanan kelayakan Afrika pada 9 Mei untuk merebut tiket terakhir ke Olimpik.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-berentap-di-final
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053043 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list