CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4125|Reply: 0

Ajax tagih sentuhan ajaib Ten Hag

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag menjadi buruan kelab lamanya, Ajax Amsterdam. - Foto AGENSI

AMSTERDAM: Ajax berminat untuk mendapatkan kembali khidmat Erik ten Hag, tetapi berdepan cabaran untuk menandatangani pengendali Manchester United itu.

Gergasi Belanda itu meletakkan Ten Hag sebagai calon utama menggantikan pengendali sementara, John van't Schip.

Bagaimanapun Ten Hag dan barisan kejurulatihannya belum mahu meninggalkan Old Trafford bagi kembali ke Amsterdam pada musim panas ini.

Satu-satunya peluang Ajax ialah mengharapkan bekas pengendalinya itu dipecat oleh United.

Pemilik baharu United, INEOS akan menentukan nasib Ten Hag di akhir musim ini, selepas kempen yang mengecewakan.

Ten Hag masih berpeluang menyelamatkan kariernya dengan memenangi Piala FA apabila berdepan Manchester City pada final 25 Mei ini.

Selain Ten Hag, lembaga pengarah Ajax turut menyenaraikan bekas pengendali Chelsea, Graham Potter dan bos Nice, Francesco Farioli sebagai calon.

Sekiranya Ten Hag dipecat, dia mungkin akan mencari kelab dalam salah satu liga terkuat Eropah, berbanding pulang ke Belanda.

Selepas mengubah Ajax kepada salah sebuah pasukan paling menghiburkan di pentas bola sepak Eropah, kelab Belanda itu kembali bergelut sebaik ditinggalkan Ten Hag pada tahun 2022.

Mereka kini di tangga kelima Eredivisie, 35 mata di belakang pendahulu, PSV.

Situasi itu turut menyumbang kepada faktor yang akan membuatkan Ten Hag tidak berminat untuk kembali ke kelahttps://www.bharian.com.my/sukan ... uhan-ajaib-ten-hagb lamanya. - AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.313036 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list