CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4506|Reply: 0

[Sarawak] Pesara rugi RM122,000 ditipu tiga warga asing tawar khidmat bantu hilangkan nasib malang

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:04 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang wanita yang merupakan pesara kerajaan di sini, kerugian RM122,000 selepas ditipu tiga warga asing yang menawarkan perkhidmatan membantu mangsa menghilangkan nasib malang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, mangsa yang berusia awal 60-an, didatangi tiga wanita dipercayai warga China ketika berada di sebuah pasar di Batu 10, Kota Padawan sekitar jam 6 pagi Sabtu.

“Suspek meminta bantuannya untuk mengesan seorang lelaki tua dikenali sebagai ‘Akek’ yang kononnya seorang pengamal perubatan tradisional.

"Mereka juga memberitahu mangsa bahawa dia 'mengalami' nasib malang dan dia harus mengikut mereka untuk mendapatkan 'rawatan'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lim, wanita berkenaan diminta masuk ke dalam sebuah kereta bersama suspek yang kemudiannya menanggalkan rantai dan gelang emas milik mangsa.

Mangsa juga diarahkan oleh suspek untuk menyerahkan barang berharga yang disimpannya di rumah sebagai sebahagian daripada proses 'rawatan', tambahnya.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke rumahnya, lalu mengambil wang RM1,200, barang kemas serta 50,000 yen (RM1,500) dan diserahkan kepada suspek.

Kata Lim lagi suspek kemudian memberikan beg merah kepada mangsa yang kononnya mengandungi wang tunai dan barang berharga dan mengarahkannya untuk tidak membukanya sehingga selepas sembilan hari.

Namun kerana berasa curiga, mangsa membuka beg itu dan hanya menemui dua botol air mineral dan sebungkus garam di dalamnya.

“Dia (mangsa) membuat laporan polis pada hari yang sama dan menganggarkan kerugiannya RM122,000,” katanya.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila didekati orang yang tidak dikenali menawarkan bantuan untuk ‘membersihkan’ musibah dan melaporkan kegiatan tersebut kepada polis.

“Jangan menaiki mana-mana kenderaan bersama mereka dan jangan serahkan sebarang barang berharga.

"Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penipu itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Padawan ASP Pricha Azin di talian 019-8897640 atau Inspektor Mohd Hisyam Mohd Shah di talian 014-6662855,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.623227 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list