CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4555|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak tanggung pendidikan anak mendiang Joanna sehingga peringkat universiti

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bersama suami mendiang, Bintara Muda Teknisyen Marin Kuasa Gerak (TMK) TLDM Haslie Ali dan anaknya, Allesia semasa mengunjungi keluarga mendiang di Kampung Engkaroh, Tebakang, Serian, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

SERIAN: Kerajaan Sarawak akan menanggung kos pendidikan dua anak mendiang Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna sehingga ke peringkat universiti.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dua anak wirawati negara itu iaitu Allesia Felice Haslie, 4, dan Hovannes Haslie, 1, akan didaftarkan ke dalam sistem Yayasan Sarawak bagi mendapatkan bantuan pendidikan.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak akan menanggung kos pendidikan kedua-dua anak mendiang bermula sekolah rendah sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

“Hari ini saya memberitahu keluarga mendiang bahawa kedua-dua anaknya akan didaftarkan ke dalam sistem Yayasan Sarawak.

“Anak sulungnya kini masih lagi di taman asuhan kanak-kanak (taska) manakala yang kedua masih berumur setahun.

“Dan apabila nama anak-anak mendiang sudah didaftarkan, kita akan terus membantu pendidikan mereka sehingga ke peringkat tertinggi," katanya ketika ditemui selepas mengunjungi keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkeroh, Tebakang di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, Yayasan Sarawak juga akan memantau secara berterusan perkembangan pendidikan dua beradik itu menerusi bapa mereka bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kedua-dua anak mendiang Joanna berjaya melanjutkan pelajaran hingga peringkat universiti dan mendoakan mereka turut menjadi pegawai tentera suatu hari nanti.

"Saya percaya kedua-dua anak ini mempunyai semangat wira yang diwarisi daripada ibu bapa mereka yang bertugas sebagai anggota tentera," katanya.

Abang Johari berkata, beliau menerima berita nahas yang mengorbankan Joanna serta sembilan lagi pegawai dan anggota TLDM ketika beliau sedang menghadiri forum di Poland.

Terdahulu, Abang Johari telah menyerahkan sumbangan bantuan daripada Kerajaan Sarawak sebanyak RM10,000 kepada keluarga mendiang.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Datuk Martin Ben, ADUN Bukit Semuja John Ilus dan ADUN Tebedu Dr Simon Sinang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.060506 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list