CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4521|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki hilang selepas keluar memancing

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode


Operasi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang ketika memancing di hilir Batang Rajang dilancarkan hari ini.

BELAGA: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing ikan di hilir Batang Rajang, malam Sabtu lepas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, semasa kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Awi Lahang, 56, dikatakan memancing dengan menggunakan perahu di kawasan hilir sungai, namun tidak balik ke rumah meskipun hari sudah beransur gelap.

"Justeru, usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga pada hari ini sejurus menerima makluman berhubung insiden pada jam 8.55 malam tadi," jelas beliau.

Usaha pencarian di hari pertama pada hari ini katanya, turut disertai pasukan polis yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi.

Difahamkan, jarak perjalanan menuju ke lokasi kejadian mengambil masa perjalanan satu jam menggunakan bot menyusuri sungai.

Sebarang perkembangan berhubung operasi itu akan dimaklumkan dari masa ke masa, katanya lagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.271018 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list