CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4742|Reply: 0

[Sarawak] Bangunan lama Hospital Miri dikekalkan, dua klinik pakar dinaik taraf

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode


Lukanisman melawat bangunan baharu Hospital Miri baru-baru ini yang dijangka beroperasi Jun depan.

MIRI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengekalkan fungsi bangunan lama Hospital Miri serta dalam perancangan menaik taraf Klinik Pakar Kardiologi dan Klinik Kanser.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman yang telah mengadakan lawatan ke bangunan tambahan Hospital Miri baru-baru ini memberitahu, bangunan lama akan tetap beroperasi.

"Bangunan lama akan kekal sebagai fungsi wad dan perancangan untuk menaik taraf klinik seumpama Klinik Pakar Kardiologi dan Klinik Onkologi atau Kanser," katanya dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Terdahulu, Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti diberikan taklimat mengenai perkhidmatan kesihatan yang bakal disediakan di bangunan tambahan oleh Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Miri Dr Francis Heng Eng Khai.

Bangunan tambahan tersebut menyediakan 328 katil, lima klinik pakar serta 900 lot parkir kereta.

Bangunan tambahan baharu itu siap dibina semalam dan dijangka diserahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada KKM pada bulan depan sebelum mula beroperasi pada Jun.

Penyediaan bangunan tambahan yang siap dalam tempoh masa yang ditetapkan sangat penting bagi memberikan perkhidmatan perawatan yang terbaik kepada masyarakat setempat, selain dapat membantu mengurangkan kesesakan sedia ada di Hospital Miri.

Lukanisman turut melawat dan meninjau keadaan bangunan tambahan setinggi tujuh tingkat itu.

Antara tempat yang dilawat ialah Pusat Pemantauan, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Klinik Pakar Pediatrik, Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Unit Pendidikan dan Latihan, Jabatan Patologi, Unit Rawatan Harian, Dewan Bedah Materniti, Wad Pediatrik, Sekolah Dalam Hospital, Wad Kelas Pertama dan Farmasi Pesakit Luar.

Turut hadir ialah Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Abduldan Adtong, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Sidek Rashid, Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Azlee Ayub, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Miri James Harry Sulau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.291918 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list