CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4721|Reply: 0

[Sarawak] KMKK perlu sentiasa bersedia mendengar dan membantu rakyat

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode


Huang bersama KMKK yang dilantik pada majlis tersebut di Sarikei hari ini.

SARIKEI: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) yang merupakan pemimpin di kawasan tertentu perlu sentiasa bersedia mendengar dan membantu rakyat supaya keperluan rakyat diberi perhatian sewajarnya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelesterian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii berkata tanggungjawab diamanahkan kepada KMKK adalah besar dan berat.

“KMKK merupakan seorang pemimpin di kawasan tertentu yang sentiasa bersedia mendengar dan membantu rakyat supaya keperluan rakyat diberi perhatian sewajarnya.

“Salah satu aspek utama adalah semua KMKK perlu memastikan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan komuniti masing-masing.  

“KMKK harus berusaha memupuk persefahaman antara satu sama lain dan memastikan semua rakyat mendapat hak sama rata,” katanya pada Majlis Pelantikan Semula KMKK Daerah Sarikei bagi kawasan DUN Repok hari ini.

Seramai 30 ketua masyarakat dan ketua kaum dilantik semula.

Ahli Parlimen Sarikei itu turut mengucapkan tahniah kepada pemimpin komuniti terbabit kerana diberi kepercayaan dan sokongan menggalas tanggungjawab itu.

“Kita perlu memegang jawatan ini dengan penuh komitmen dan dedikasi. Marilah bersama rakyat kawasan ini mengatasi cabaran dan mencapai kejayaan bersama," jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu berkata, KMKK harus berkhidmat kepada rakyat dengan penuh kejayaan, harapan dan kesejahteraan untuk penduduk setempat.

Hadir sama Residen Bahagian Sarikei Michael Ronnie Langgong dan Pemangku Pegawai Daerah Sarikei Ainur Yazmin Zaini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list