CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5677|Reply: 0

[Sarawak] Keputusan Generali Malaysia buka cawangan bersepadu pertama di Sarawak tepat

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode


Kakitangan Generali Malaysia Cawangan Kuching merakam gambar bersama Dr Sim serta jemputan yang lain. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata keputusan Generali Malaysia membuka cawangan bersepadunya yang pertama di sini adalah tepat pada masanya.

Ini kerana menurut Dr Sim, Sarawak kini sedang giat membangun dan mengangkat ekonominya ke arah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS) 2030 katanya, Sarawak akan menjadi negeri paling makmur, inklusif dan mampan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KNDK), RM282 bilion dalam tempoh enam tahun akan datang.

“Generali merupakan syarikat insurans bertaraf global yang terbesar dan kita (Sarawak) mengalu-alukan pembukaan cawangannya yang pertama di Kuching.

“Ia adalah masa dan keputusan yang tepat untuk Generali meluaskan perniagaannya ke Sarawak di mana negeri ini kini dalam fasa pembinaan negara bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan cawangan bersepadu yang pertama Generali Malaysia di Jalan Datuk Tawi Sli di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Generali Insurance Malaysia Berhad Fabrice Benard berkata, cawangan Generali di Kuching bukan sahaja mewakili komitmen syarikat untuk merapatkan jurang perlindungan.

Pembukaan cawangan itu juga katanya, yang juga ketua bagi Entiti Generali di Malaysia, menekankan komitmen Generali untuk memupuk kepercayaan dan hubungan yang bermakna dengan pelanggan serta rakan kongsi yang dihargai.

Malah katanya, pembukaan cawangan itu juga meneguhkan lagi komitmen Generali sebagai Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai di Kuching dan Sarawak amnya.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Life Insurance Malaysia Berhad Rebecca Tan dan Ketua Pegawai Pengedaran Generali Insurance Malaysia Berhad Jeremy Yeap.

Dalam pada itu, sebagai cawangan model pertama Generali di Kuching, cawangan itu menawarkan pengalaman insurans bersepadu yang bertujuan mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan.

Cawangan ini menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan Insurans Am dan Hayat yang komprehensif, meliputi perubatan dan kesihatan, simpanan dan perlindungan nyawa, motor dan kediaman, perjalanan dan kemalangan diri serta insurans perniagaan dan komersial.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055082 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list