CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9188|Reply: 0

Penggunaan VAR dapat reaksi positif

[Copy link]
Post time 30-4-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan (belakang kiri) bersama Stuart memantau penggunaan VAR ketika aksi pramusim antara KL City dan NSFC pada 22 April lalu.

KUALA LUMPUR: Meskipun belum digunakan dalam perlawanan sebenar di Liga Malaysia (Liga M), sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang diperkenalkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mendapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan sistem yang sudah digunakan bagi beberapa aksi pramusim ketika ini dapat diterima dengan baik oleh pihak berkaitan khususnya daripada pasukan bertanding.

"Lebih positif daripada negatif saya boleh katakan. Penerimaan video bantuan pengadil (VAR) di peringkat tempatan di kelab masing-masing. Kita sudah membuat pembentangan dan taklimat kepada hampir ke semua pasukan dalam Liga Malaysia yang diterima baik.

"Penyediaan teknologi baharu memerlukan masa untuk adaptasi selain daripada segi operasi, produksi dan penyiaran juga pengguna iaitu pengadil sendiri.


"Saya rasa dalam lapan perlawanan yang kita anjurkan (pramusim) ini adalah satu keputusan yang sangat berhati-hati untuk kita menyediakan ruang latihan untuk pengadil, kelab dan juga segi produksi dan broadcast yang diperlukan," katanya.

Sebagai rekod, MFL menggunakan VAR dalam lapan perlawanan pramusim sehingga 4 Mei ini untuk menguji dan melihat sejauh mana sistem itu berfungsi ketika digunakan dalam saingan Liga M nanti.

Beberapa insiden yang berlaku sepanjang aksi pramusim dapat dikesan VAR seperti membabitkan insiden sepakan penalti, gol yang ofsaid serta layangan kad merah.

Setakat ini, dua pemain sudah dilayangkan kad merah selepas semakan menerusi VAR iaitu pemain tengah KL City FC, Brendan Gan dan pemain Sri Pahang FC (SPFC), Manuel Hidalgo.

Berdasarkan penggunaan sistem VAR pada musim ini, perlawanan dijangka akan berlangsung lebih lama berbanding sebelum ini apabila masa tambahan lebih panjang diberikan dalam setiap perlawanan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... apat-reaksi-positif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.053001 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list