CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12885|Reply: 0

[Sarawak] Pendapatan Sarawak dijangka terus mengukuh

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:44 PM | Show all posts |Read mode


Sulaiman (empat kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dr Abdul Rahman disaksikan (dari enam kiri) Yunus, Abdul Rahim dan tetamu lain.

LIMBANG: Pendapatan Sarawak dijangka terus mengukuh pada tahun depan dan tahun-tahun mendatang di bawah kepimpinan cemerlang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pada tahun lalu hasil pendapatan Sarawak berjumlah lebih RM13 bilion.

"Jumlah itu dijangka meningkat mencecah lebih RM15 bilion pada tahun akan datang," katanya berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JKTPIL) di Dewan Suarah Limbang di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal dan Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Limbang, Awang Abdul Rahim Awang Rosley.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu turut meminta pegawai dan kakitangan kerajaan terus komited melaksanakan tugas dalam menyampaikan segala polisi kerajaan.

Katanya, JTPIL mengadakan pelbagai program keislaman sebagai satu cara berdakwah, mengukuhkan hubungan persaudaraan dan kerjasama sesama Islam selain menarik pengunjung ke sini.

"Penganjuran dan pelaksanaan program-program sedemikian memerlukan perancangan, komitmen dan kewangan.

"JTPIL terus proaktif melaksanakan pelbagai program keislaman dengan menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," jelasnya.

JKPIL menyenaraikan 15 program sepanjang tahun ini, antaranya Program Cinta Ilmu pada Ogos, Tilawah Al-Quran dan Maulud Nabi pada September dan Festival Kesenian Islam pada November nanti.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.189673 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list