CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12912|Reply: 0

[Sarawak] Program Duta Pelancongan Sarawak dilanjut ke fasa dua, sasar penglibatan penjawat awam

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:46 PM | Show all posts |Read mode


Ting bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada majlis pelancaran Program Duta Pelancongan Sarawak, hari ini.

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) melanjutkan Program Duta Pelancongan Sarawak kepada fasa kedua menerusi penyertaan daripada perkhidmatan awam negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia susulan kejayaan program yang sama pada tahun 2020.

Dengan tema ‘Embrace and Act Tourism’ katanya, fasa kedua Program Duta Pelancongan Sarawak yang menyasarkan penglibatan 1,500 penjawat awam akan bermula dari Mei hingga Oktober tahun ini.

“Objektif kita adalah untuk menyemai semangat pemilikan dalam kalangan anggota Perkhidmatan Awam Sarawak mengenai tarikan pelancongan Sarawak.

“Melalui usaha sebegini, ia bukan sahaja dapat menggalakkan komitmen mereka untuk membantu kita mempromosikan negeri ini, bahkan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada majlis pelancaran Program Duta Pelancongan Sarawak di sini, hari ini.

Abdul Karim menambah, ini juga akan menyumbang ke arah mencapai sasaran ketibaan sebanyak empat juta pelawat ke Sarawak menjelang pengunjung tahun ini.

“Kita yakin usaha melibatkan penjawat awam negeri sebagai duta pelancongan adalah bertepatan apatah lagi mereka mempunyai pemahaman terbaik dalam mempamerkan keajaiban landskap Sarawak,” katanya.

Bagi menggalakkan penyertaan penjawat awam menyertai program itu, beliau berkata mereka berpeluang menerima ganjaran menarik termasuk pakej pengalaman Taman Negara Mulu 3H2M dan Penginapan 2H1M di Hotel City terpilih.

“Mereka yang melengkapkan modul dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan akan menerima e-sijil serta peluang memenangi pakej percutian sebagai tanda penghargaan kami atas dedikasi dan komitmen anda untuk meningkatkan landskap pelancongan Sarawak,” katanya lagi.

Platform pembelajaran dalam talian itu dibangunkan dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak, menekankan komitmen Sarawak terhadap pendigitalan, inovasi dan kebolehaksesan.

Ia melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan pandangan yang komprehensif tentang destinasi pelancongan menarik di Sarawak.

Penjawat awam negeri yang berminat boleh mendaftar melalui pandei.pustaka-sarawak.com yang mana mereka akan memulakan kursus pembelajaran dalam talian yang merangkumi pelbagai topik penting untuk memupuk ekosistem pelancongan yang mampan.

Program fasa pertama yang berlangsung pada 2020 disertai 1,000 peserta terdiri daripada pemandu e-hailing dan ahli Persatuan Pemandu Pelancong Sarawak (SkTGA) serta mencecah hampir 700 peserta pemandu pelancong melalui e-Pandei PUSTAKA.

Turut hadir, Pengerusi STB Dato Dennis Ngau, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Datu Dr Rashidah Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Pustaka Negeri Sarawak Wan Mazli Wan Razali.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list