CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12948|Reply: 0

[Sarawak] Kebajikan rakyat agenda utama kerajaan Sarawak

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:50 PM | Show all posts |Read mode


Naroden (kanan) menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan pada majlis tersebut sambil disaksikan Masnah (tengah).

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa memfokuskan kepada kebajikan rakyat yang menjadi tunjang kepada kelestarian kehidupan, kata Dato Sri Naroden Majais.

Menurutnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sememangnya memberi fokus penuh kepada situasi kebajikan dan kehidupan rakyat.
"Oleh itu, banyak pembangunan dilaksanakan, terutamanya pembangunan infrasturktur dan ekonomi.

"Ini bukan sahaja demi kepentingan pembangunan sosioekonomi Sarawak, malah secara tidak langsung kepada rakyat Sarawak sendiri," ujarnya.

Naroden selaku wakil khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gedong di PDK Gedong hari ini.

Beliau ditemani isterinya Datin Sri Masnah Ahmad yang merupakan Penaung PDK Gedong.

Masnah pada majlis itu turut menyampaikan sumbangan kepada 48 anak-anak dari pelbagai latar belakang.

Beliau pada masa sama menyuarakan harapan agar PDK Gedong akan mendapat bangunan mereka sendiri apabila Isthmus Gedong dibangunkan supaya ia dapat memberi keselesaan kepada para pelajarnya.

"PDK Gedong sekarang menumpang sementara di bangunan (lain) dan kita berharap akan dapat tempat baharu yang lebih besar dan sesuai dengan kelengkapan bilik-bilik aktiviti PPDK seperti bilik permainan, bilik fisioterapi, bilik pemulihan, bilik rehat dan tidur, bilik belajar dan bilik pengajar," kata Masnah.

Pada majlis itu, Naroden dan Masnah menyampaikan sumbangan daripada Premier Sarawak dan isteri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang yang juga Penaung PDK Sarawak berupa peruntukan sebanyak RM10,000 untuk membeli satu set TV pintar bagi kegunaan PDK Gedong.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048260 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list