CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23360|Reply: 0

[Sarawak] Pindaan SLO diharap jadi hadiah Hari Pekerja buat pekerja di Sarawak

[Copy link]
Post time 1-5-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pindaan Ordinan Buruh Sarawak (SLO) diharap menjadi hadiah daripada kerajaan buat pekerja di Sarawak sempena sambutan Hari Pekerja 2024, esok.

Justeru, Timbalan Presiden Gabungan Pembaharuan Undang-undang Buruh (LLRC) Andrew Lo berkata Kerajaan Sarawak dan Persekutuan harus memastikan pindaan Ordinan Buruh Sarawak (SLO) diluluskan di Parlimen tanpa sebarang penangguhan lagi.


Mohamad Ibrahim Hamid
Beliau berkata, pindaan hendaklah dibuat secara retrospektif dari 1 Januari 2023 untuk mengelakkan ketidakadilan, memandangkan pekerja di Sarawak telah rugi setiap hari.

“Pekerja di Sarawak mengalami kerugian lebih RM200 juta setahun sejak 1 Januari 2023 akibat kelewatan pindaan SLO,” katanya ketika dihubungi.

Menjelas lanjut, Lo yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU), berkata kelewatan yang tidak wajar dalam pindaan kepada SLO telah menjejaskan pekerja Sarawak yang sudah mengalami inflasi dan gaji rendah.

Menurutnya, Sarawak mempunyai tenaga buruh seramai 1.4 juta orang dan 40 peratus (600,000) daripadanya adalah dalam pekerjaan formal, dengan gaji median pada 2023 sebanyak RM2,650 sebulan.

Sehubungan itu, beliau berkata pengurangan waktu bekerja daripada 48 kepada 45 jam seminggu akan memberi manfaat kepada kesemua 600,000 pekerja di Sarawak.

Selain itu, Lo berkata kira-kira 20,000 kelahiran direkodkan di Sarawak setiap tahun dan anggaran sebanyak 50 peratus dilahirkan oleh mereka yang bekerja dalam sektor formal.

Justeru, katanya, pindaan SLO amat diperlukan oleh pekerja di Sarawak, dengan cuti paterniti tujuh hari dan peningkatan cuti bersalin daripada 60 kepada 98 hari.

Sementara itu, Naib Presiden Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNIMLC), Mohamad Ibrahim Hamid berkata pindaan Ordinan Buruh diharap menjadi salah satu pengumuman yang dijangka dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Pekerja 2024.

Katanya, ini memandangkan isu utama bagi Sarawak dan Sabah ialah Ordinan Buruh yang tidak selaras dengan Akta Kerja 1955 yang dipinda pada 2022.

“Pekerja di Sarawak dan Sabah tidak menikmati faedah baharu yang ditambah baik seperti jumlah jam kerja mingguan selama 45 jam, cuti bersalin selama 98 hari, cuti paterniti selama tujuh hari dan banyak lagi,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, beliau berharap pencen yang sangat rendah kepada pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dapat ditambah baik, kerana ia masih belum ditangani kerajaan meskipun telah diperjuangkan selama ini.

Pada masa sama, katanya, semakan gaji minimum yang perlu dilaksanakan pada tahun ini juga tidak dilakukan.

“Apakah hala tuju kerajaan berkenaan dengan gaji minimun dan gaji progresif?” beliau bertanya.

Berkenaan dengan keselamatan sosial, Mohamad Ibrahim mencadangkan agar perlindungan dilanjutkan melebihi umur persaraan wajib 60 tahun kerana status orang yang diinsuranskan terhenti apabila mereka mencapai umur 60 tahun.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.562568 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list