CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24287|Reply: 0

[Sarawak] UPM di ranking 102 universiti terbaik Asia 2024

[Copy link]
Post time 1-5-2024 10:15 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuhkan pencapaiannya dalam THE Asia University Rankings 2024 apabila berjaya melonjakkan kedudukan sebanyak 52 anak tangga di ranking ke-102 universiti terbaik Asia bagi tahun ini.

Pada tahun yang lepas ranking UPM berada pada tangga ke-154.

Terdapat perubahan pada peratus indikator penilaian THE Asia University Rankings 2024 berbanding tahun lepas.

Namun masih mengekalkan lima indikator utama iaitu Teaching (24.5%), Research Environment (28%), Research Quality (30%), International Outlook (7.5%) dan Industry Income (10%).

Pencapaian ini bukan sahaja dapat membantu melonjakkan lagi tahap kecemerlangan UPM malah turut memberi sumbangan bermakna kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.559617 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list