CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6658|Reply: 0

Program lima tahun jika mahu ke Olimpik

[Copy link]
Post time 2-5-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD B-23 negara pulang hampa daripada saingan Piala Asia B-23 sekali gus meranapkan impian untuk meraih slot ke Sukan Olimpik Paris. -FB FAM

IMPIAN untuk melihat pasukan bola sepak negara kembali Sukan Olimpik tidak mampu untuk dilaksanakan dalam tempoh singkat dan tiada seorang jurulatih pun yang boleh melakukan magis tanpa adanya perancangan lebih teliti.

Sasaran untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia itu pastinya memerlukan masa sekurang-kurangnya lima tahun, malah pemain muda negara juga harus mempunyai kemahuan untuk memacu pasukan ke pentas tertinggi.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, berkata, realiti itu dikongsikan sendiri oleh Allahyarham Khalid Ali ketika sedang jalani rawatan kanser paru-paru.

“Saya masih ingat masa dia (Khalid) terjaga daripada koma, ia terus bercakap tentang bola sepak dengan saya. Dia kata budak-budak (pemain) perlukan masa lebih lama, bukannya setahun dua untuk masuk ke Olimpik sebaliknya lima ke enam tahun punya program.

“Saya minta dia supaya berehat dan biarkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) jaga pasukan. Masa dia sakit pun dia mahu bola sepak kita kembali gemilang seperti zaman dulu.

“Itulah cita-cita dia, jadi saya harap pemain muda sekarang boleh kabulkan impiannya,” katanya selepas Majlis Serahan Cek Khairat kematian kepada isteri Khalid, Siti Norkhanah Mohammed Yatim.

Dalam masa sama, Noorul menjelaskan Yakeb sudah pun berbelanja hampir RM500,000 membabitkan pelbagai keperluan bekas atlet.

“Bukan saja khairat tetapi sumbangan bulanan dan juga bantuan kos hospital. Kita akan ziarah bagi laksanakan amanah untuk menjaga bekas atlet,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ka-mahu-ke-olimpik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083555 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list