CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6563|Reply: 0

Fuellkrug pacu kemenangan Dortmund ke atas PSG

[Copy link]
Post time 2-5-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode

Niclas Fuellkrug (kiri) melakukan percubaan ke gawang PSG. -FOTO AFP

Dortmund, Jerman: Niclas Fuellkrug menghadiahkan Borussia Dortmund kemenangan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara dan penyerang itu berjaya menutup bayangan Kylian Mbappe dalam perlawanan awal pagi tadi.

Mencari kembali peluang ke final buat kali pertama sejak 2013, juara 1997 bertekad dan dan berazam mengalahkan lawan mereka yang menjadi pilihan di hadapan lebih 80,000 penyokong.

Fuellkrug yang bermain dalam di Liga Juara-Juara pertamanya pada usia 31 tahun, menerima bola tinggi dari bek tengah, Nico Schlotterbeck pada minit ke-36 dan melakukan rembatan rendah menerjah ke penjuru kiri gawang.

PSG yang diketuai oleh Kylian Mbappe terus melancarkan serangan namun kedua-dua percubaan berbahaya mereka terkena tiang pada awal separuh masa kedua.

"Saya rasa kami hari ini menunjukkan prestasi mengagumkan. Masing-masing membantu satu sama lain untuk memenangi perlawanan ini.

"Kami memerlukan sedikit tuah beberapa kali, tetapi kami boleh berpuas hati dengan prestasi kami," kata bek tengah, Mats Hummels.

"Ia adalah persembahan yang sangat memuaskan, sangat matang daripada kami."

Dortmund, pernah tewas dan seri menentang PSG musim ini ketika saingan peringkat kumpulan, boleh mengimpikan kembali ke Wembley 11 tahun selepas final Liga Juara-Juara terakhir mereka.

Di sebalik kekalahan itu, bagaimanapun, PSG akan tetap yakin dapat memulihkan defisit di tempat sendiri minggu depan menentang pasukan yang mereka pernah tewaskan di tempat sendiri pada September.

"Parc (stadium PSG) dan penyokong kami memberi kami harapan untuk perlawanan kedua dan kami tahu kami boleh melakukan lebih baik," kata kapten PSG Marquinhos.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ortmund-ke-atas-psg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.056255 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list