CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6514|Reply: 0

Leverkusen mahu rebut 'peluang kedua' Liga Europa

[Copy link]
Post time 2-5-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Bayer Leverkusen, Patrik Schick giat menjalani latihan menjelang separuh akhir pertama Liga Europa menentang AS Roma di Rome awal pagi esok. – Foto X Bayer 04 Leverkusen

ROME: Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso berkata pasukannya mehu meraih "satu peluang kedua" sekali gus menyingkirkan AS Roma pada separuh akhir Liga Europa selepas tersungkur di tangan kelab Itali itu pada peringkat sama musim lalu.

"Amat penting buat kami kembali di sini bagi separuh akhir, kali terakhir ia melukakan. Kini kami mempunyai peluang kedua menentang Roma," kata Alonso ketika sidang akhbar praperlawanan menjelang aksi pertama di Rome awal pagi esok.

"Ini bola sepak, kadang-kadang ia tidak menyebelahi pasukan anda. Ia satu suasana hebat di sini dan ia satu perlawanan penting sekalipun ia bukannya penentu."

Leverkusen dan naib juara Roma bertemu pada separuh akhir Liga Europa pada 2023 dengan kelab Itali itu menang aksi pertama di laman sendiri 1-0 dan layak ke final susulan keputusan seri tanpa jaringan di Jerman.

"Saya akan katakan ia berasa seperti satu peluang kedua. Satu peluang kedua untuk bertindak lebih baik. Kali terakhir kami berhak sekurang-kurangnya satu gol dan memaksa masa tambahan," kata Alonso.



Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso melayan soalan wartawan pada sidang akhbar praperlawanan menentang Roma pada separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi esok. – Foto X Bayer 04 Leverkusen

"Mereka pasukan yang berbeza, mereka banyak berubah (sejak ketibaan jurulatih Deniele De Rossi). Kami menjangkakan perlawanan yang sengit dan tegang."

De Rossi mengambil alih daripada Jose Mourinho pada Januari lalu dengan Roma menghuni tangga kesembilan Serie A. Pemenang Liga Konferens Europa 2022 itu kini di tangga kelima dan hanya kalah tiga kali dalam semua pertandingan.

Namun Leverkusen juga pasukan yang berbeza sejak separuh akhir musim lalu dan selepas melengkapkan kejuaraan sulung Bundesliga bulan lalu, masih tidak kalah musim ini dalam semua pertandingan dengan rekod memukau 38 kemenangan dan lapan seri.

"Kami mahu membalas dendam, kami sering bercakap mengenainya," kata penyerang Leverkusen, Patrik Schick, yang menghabiskan dua tahun di Roma antara 2017 dan 2019. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-kedua-liga-europa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.272088 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list