CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4390|Reply: 0

Kemenangan terhadap Kyrgyzstan dan Taiwan tak tutup mulut pengkritik

[Copy link]
Post time 2-5-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode

FAISAL Halim. -FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Kemenangan terhadap Kyrgyzstan dan Taiwan pada baki perlawanan kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan tidak cukup untuk menutup mulut pengkritik terhadap prestasi skuad Harimau Malaya.

Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim berkata, skuad kendalian Kim Pan-gon perlu merekodkan keputusan positif pada setiap perlawanan akan datang sekali gus memberikan 'senyuman' kepada penyokong dan pengkritik bola sepak tanah air.

Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey melihat barisan pemain kebangsaan sudah memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan dan sentiasa berjuang di atas padang bagi memastikan skuad Harimau Malaya memperoleh keputusan positif.

"Saya tak rasa masalah yang sedang berlaku sekarang ini mengganggu prestasi skuad kebangsaan. Malah, saya lihat juga bukan dua kemenangan ini(lawan Kyrgyzstan dan Taiwan) akan menutup semuanya.

"Pada saya, semua kemenangan nanti akan memberi kepuasan kepada penyokong bola sepak tempatan.

"Banyak lagi perlawanan akan kita hadapi dan kemenangan mungkin akan menutup mulut mereka terhadap skuad kebangsaan," katanya.

Mengikut rekod, skuad Harimau Malaya kini berada di kedudukan ketiga kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas mengutip enam mata dalam empat perlawanan.

Walaupun Malaysia bermula langkah kanan pada awal saingan dengan mencatatkan kemenangan mengatasi Kyrgyzstan (4-3) dan Taiwan (1-0), namun rentak terbabit gagal diulangi pada dua pertemuan menentang Oman, Mac lalu.

Prestasi kurang menyengat hingga tewas dua kali kepada Oman menimbulkan persoalan terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk meraih keputusan positif kelak.

Pasukan muda negara akan bertemu Kyrgyzstan pada 6 Jun di Stadium Spartak sebelum pulang ke tanah air untuk menentang Taiwan lima hari kemudian di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... wan-tak-tutup-mulut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049162 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list