CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7038|Reply: 0

Harimau Malaya tampil lebih bersedia berdepan Kyrgyzstan

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode

HAMIDIN ketika ditemui media ketika mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kali ke-209 di Hotel Shangri-La. -FOTO Aziah Azmee

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tidak mahu lagi siri kekalahan terus menghantui pasukan apabila akan tampil lebih bersedia pada aksi kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun depan.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, pihaknya sudah melakukan perbincangan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk memberi ruang dan peluang kepada skuad Harimau Malaya menjalani latihan sebelum bertemu pasukan terbabit.

Beliau berkata, skuad kendalian Kim Pan-gon kemungkinan akan dipanggil menyertai kem latihan hujung bulan ini sebelum berlepas ke Kyrgyzstan.

"Saingan Liga Super ada peraturannya namun kita sudah pun berbincang dengan MFL untuk latihan skuad Harimau Malaya. Kemungkinan penghujung Mei pemain akan menyertai kem latihan sebelum berlepas ke Kyrgyzstan.


"Kita akan ada penerbangan khas ke Kyrgyzstan. Ini adalah permintaan Pan-gon supaya pemain tidak perlu mengharungi dua kali penerbangan.

"Jadinya, latihan akan ada sebaik saingan liga berhenti dan Pan-gon akan panggil pemain yang beliau mahu," katanya.

Mengikut rekod, skuad Harimau Malaya kini berada di kedudukan ketiga kumpulan D selepas mengutip enam mata dalam empat perlawanan.

Walaupun Malaysia bermula langkah kanan pada awal saingan dengan mencatatkan kemenangan mengatasi Kyrgyzstan (4-3) dan Taiwan (1-0), namun rentak terbabit gagal diulangi pada dua pertemuan menentang Oman, Mac lalu.

Pasukan muda negara akan bertemu Kyrgyzstan pada 6 Jun di Stadium Spartak sebelum pulang ke tanah air untuk menentang Taiwan lima hari kemudian di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... berdepan-kyrgyzstan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list