CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 0

[Tempatan] Kesatuan dalam profesion guaman penting untuk tegakkan kedaulatan undang-undang

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan ucaptama mengenai isu ‘Memperkukuh Kesatuan’ ketika semasa Majlis Makan Malam Inns of Court Malaysia (ICM), Kuala Lumpur, malam ini. -BERNAMA





KUALA LUMPUR: Kesatuan dalam profesion guaman penting bagi menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan akses sama rata untuk semua rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata adalah penting bagi pengamal undang-undang tanpa mengira pertalian budaya atau agama, bekerjasama secara harmoni ke arah menegakkan prinsip seperti keadilan, kesaksamaan dan kesamaan di sisi undang-undang.

"Dari segi praktikal, ini bermakna mempromosi kepelbagaian, keterangkuman dan kesaksamaan dalam profesion guaman.

"Oleh itu, kita mesti berusaha mewujudkan persekitaran undang-undang di mana individu dari semua latar belakang berasa dihargai dan meritokrasi mengatasi prasangka manakala peluang untuk perkembangan dari segi profesional boleh diakses oleh semua orang dalam memacu pertumbuhan industri," katanya dalam ucaptama mengenai isu 'Memperkukuh Kesatuan' semasa Majlis Makan Malam Inns of Court Malaysia (ICM) di sini malam ini.

Turut hadir, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Timbalan Presiden ICM, Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Fadillah, yang juga bekas peguam bela dan peguam cara, berkata profesional guaman perlu menangani isu diskriminasi dan prasangka dengan menekankan bahawa sikap sedemikian tidak mempunyai tempat dalam negara Malaysia yang bersatu padu.

Beliau turut menggesa agar masyarakat yang menyaksikan setiap individu dihargai dan dihormati kerana diri mereka diwujudkan.

"Sebagai profesional guaman, kita memikul tanggungjawab yang unik bagi menegakkan hak minoriti, golongan tertindas, komuniti yang tidak boleh bersuara dan terpinggir. Kita mesti berusaha tanpa jemu bagi memastikan rakyat dilindungi tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi," katanya.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata kesatuan bukan sekadar satu konsep kerana ia adalah asas yang dipegang oleh nenek moyang serta masyarakat kita.

ICM, yang meraikan ulang tahun kelapannya hari ini, adalah sebuah badan keahlian profesional yang terdiri daripada hakim, hakim bersara, peguam, pakar undang-undang, ahli akademik perundangan, pegawai kehakiman dan undang-undang, peguam korporat, pelajar undang-undang dan profesional guaman lain dari semua peringkat latar belakang yang bersatu dalam misi mereka ke arah kecemerlangan profesional perundangan.– BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.500995 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list