CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1547|Reply: 0

[Tempatan] Anwar beri kebenaran tukar status sawah kepada komersial

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Kedah di Darulaman Park, hari ini. NSTP/Wan Nabil Nasir





JITRA: Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan Persekutuan memberikan kelulusan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi menukar status kawasan sawah bagi kegunaan komersial.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permintaan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bertujuan meningkatkan pendapatan negeri yang sebelum ini banyak bergantung kepada hasil pertanian.

Jelasnya, kerajaan Persekutuan juga bersedia mempertimbangkan permintaan agar peruntukan menaik taraf prasarana pertanian di bawah MADA dari RM3 bilion dinaikan kepada RM5 bilion.

"Bagi memenuhi keperluan, kita beri pertimbangan beberapa kawasan milik MADA dipindahkan untuk dijadikan perumahan, industri dan perniagaan.

"Untuk itu, Kerajaan Persekutuan secara dasar bersetuju dan saya minta pegawai runding segera bagi meningkatkan pendapatan Kedah," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kedah di Darulaman Park Jitra di sini, malam ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Anwar dan Muhammad Sanusi menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Kedah sentiasa memainkan peranan penting sebagai pengeluar makanan negara, namun berhadapan masalah kemiskinan tegar yang perlu diselesaikan segera.

Katanya, untuk itu seramai 2,500 keluarga miskin tegar akan dikeluarkan dari senarai golongan itu dalam tempoh dua bulan akan datang.

"Sejak tahun lalu, kita berusaha meningkatkan harga padi tetapi ini tak cukup. Maka ada peruntukan awal RM3 bilion yang diberikan untuk mempersiapkan prasarana bagi meningkatkan produktiviti padi sehingga lima kali dalam dua tahun, tetapi dalam perkiraan terakhir RM5 bilion diperlukan.

"Kedah mendapat peruntukan antara tertinggi kerana memainkan peranan istimewa dalam mengeluarkan hasil padi, tetapi membebankan kerana kelompok penanam padi adalah miskin yang perlu dibantu," katanya.

Beliau berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila Kedah sebagai negeri majoriti Melayu dan Islam masih mempunyai kelompok miskin tegar, terutama dalam golongan petani.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063776 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list