CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 0

[Tempatan] 300 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Kota Tinggi

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode
PASUKAN penyelamat memindahkan mangsa banjir ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi, ekoran hujan lebat berterusan sejak pagi.





KOTA TINGGI – Seramai 300 mangsa banjir kilat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang sehingga pukul 8 malam ini.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak berbanding 88 orang mangsa yang dipindahkan pada pukul 4 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, 300 mangsa berkenaan adalah daripada 69 keluarga.

Katanya, semua mangsa terjejas dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur dan menurut pemantauan cuaca oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, dua daerah Kota Tinggi mengalami hujan berterusan sejak pukul 8 pagi sehingga 4 petang tadi.

“Keadaan cuaca pada sehingga pukul 8 malam adalah mendung. Selain Kota Tinggi, daerah Kluang, Kulai dan Mersing turut mengalami cuaca mendung, manakala daerah lain adalah cerah.

“Menurut laporan Jabatan Ukur dan Pementaan Malaysia, lima lembangan sungai di daerah Kota Tinggi, membabitkan Sungai Johor di Rantau Panjang, Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Sembilang di Kampung Sungai Sembilang, Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil dan Sungai Ulu Sedili Besar di Batu 52 Sedili, masih berada pada aras normal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list