CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1281|Reply: 1

Michelle Yeoh beri inspirasi kepada semua - Presiden AS

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 11:59 AM | Show all posts |Read mode
        WASHINGTON: Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) iaitu Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden AS, Joe Biden pada majlis rasmi di Rumah Putih di sini, hari ini.

Pingat itu diberi atas kejayaan bintang berusia 61 tahun itu muncul warga Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, tahun lalu, lapor agensi.

Pada upacara penyampaian pingat itu, Biden berkata, Yeoh berjaya memecahkan dinding stereotaip lalu mempertingkat dan memperkaya budaya AS.

"Peranan Yeoh mengatasi jantina, budaya dan bahasa. Daripada seni bela diri hingga komedi romantis, sains fiksyen, semuanya menunjukkan persamaan yang kita semua miliki.


Joe Biden berkata, Michelle Yeoh berjaya memecahkan dinding stereotaip lalu mempertingkat dan memperkaya budaya Amerika Syarikat. - Foto AFP


Joe Biden anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Michell Yeoh di Rumah Putih, hari ini. -  Foto AFP

"Sebagai warga Asia pertama memenangi Oscar, Yeoh menghubungkan budaya bukan saja untuk menghiburkan, tetapi, memberi inspirasi serta membuka mata ramai hingga kini... Tahniah," katanya.

Yeoh yang berasal dari Ipoh, Perak, menerima pingat itu selain 18 individu lain yang kini menduduki barisan penerima anugerah sivil tertinggi AS.
Yeoh melakar sejarah apabila diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar menerusi filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO).

Pingat Kebebasan Presiden dianugerahkan kepada orang awam dan anggota tentera yang tidak terhad kepada rakyat AS. - AGENSI


Michelle Yeoh melambaikan tangan ketika meninggalkan majlis di Rumah Putih. . - Foto Reuters


      

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2024 12:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.050454 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list