CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1268|Reply: 0

Ali XPDC lemah, sukar bernafas

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Doktor beri tarikh baharu untuk Ali membuat pemeriksaan CT Scan di Klinik Nuklear, Hospital Putrajaya, pada 4 Jun depan. - Foto Ihsan Sharifah Azuwanna Syed Joned





KUALA LUMPUR: "Suami lemah dan tidak dapat buat pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) untuk masalah jantung bengkak pada 30 April lalu," kata isteri penyanyi, Ali XPDC, 56, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned mengenai perkembangan kesihatan suaminya.

Sharifah Azuwanna, 52, berkata, doktor terpaksa memberi tarikh baharu untuk suaminya membuat pemeriksaan CT Scan di Klinik Nuklear, Hospital Putrajaya, pada 4 Jun depan.

"Saya sudah bawa suami ke hospital seperti tarikh dijadual. Tetapi doktor tidak dapat melakukan pemeriksaan CT Scan kerana suami tidak boleh berbaring.

"Doktor cuba buat juga tetapi suami tidak boleh baring walaupun dalam tempoh 20 minit untuk pemeriksaan berkenaan.

"Kalau di rumah, suami akan duduk dahulu dan apabila sudah terlelap, baru dia baring," katanya kepada Harian Metro.

Mengenai keadaan Ali lagi, kata Sharifah Azuwanna, suaminya masih mengalami sesak nafas dan perlu mengambil ubat untuk lawas kencing bagi masalah paru-paru berair.

"Doktor beri tarikh baharu untuk pemeriksaan susulan di hospital kerana mahu pastikan suami sihat terlebih dahulu.

"Suami hanya boleh minum air sebanyak 500 mililiter dan tidak boleh banyak kerana paru-parunya masih ada air lagi.

"Doktor beritahu, kalau orang sihat, jantung kita mengepam sebanyak 100 peratus tapi jantung suami hanya 18 peratus sahaja dan memang lemah," katanya.

Ditanya karier nyanyian pula, kata Sharifah Azuwanna, doktor meminta suaminya berehat seketika daripada bidang nyanyian.

"Doktor beritahu suami kena berehat dahulu daripada menyanyi sehingga kesihatannya pulih.

"Namun, suami ada persembahan bersama kumpulan XPDC sempena Loop Music Festival di Axiata Arena pada 11 Mei nanti.

"Pada 10 Mei pula, suami perlu menjalani latihan untuk konsert terbabit. Walaupun persembahan selama setengah jam, kena menyanyi empat hingga lima lagu. Doakanlah, semoga suami cepat sembuh untuk menjayakan konsert berkenaan," katanya.

Terdahulu, Ali dikejarkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang kerana mengalami sesak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi pada 18 April lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.207523 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list