CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 0

Maafkan saya, ini harga yang perlu dibayar atas kekhilafan diri - Aliff Aziz

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Aliff memohon maaf secara terbuka kepada semua individu dan pihak terkesan dengan kontroversi yang diakui berpunca daripada kesilapan sendiri. Foto YouTube Podcast The Common Folks





KUALA LUMPUR: Artis sensasi, Aliff Aziz memohon maaf secara terbuka kepada semua individu dan pihak terkesan dengan kontroversi yang diakui berpunca daripada kesilapan sendiri.

Kesal dengan apa yang terjadi, Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz, 33, berharap kemelut melanda dapat segera ditamatkan.

"Kepada semua yang menonton seperti rakan artis industri hiburan tanah air dan Malaysia, media dan netizen, dengan penuh rendah hati, saya memohon kemaafan.

"Saya juga hendak minta maaf kepada peminat, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), artis veteran dan artis baharu yang turut terkesan dengan apa yang berlaku.

"Kontroversi ini mendapat perhatian yang cukup luas hingga membabitkan perasaan orang lain dan mewujudkan pelbagai sentimen.

"Apa yang terjadi ini sepatutnya kekal peribadi, namun, akhirnya menjadi tatapan khalayak. Namun, inilah harga yang perlu saya bayar atas khilaf yang dibuat... Saya betul-betul minta maaf," luah Aliff pada sesi temuramah bersama podcast The Common Folks.

Temubual berdurasi kira-kira 1 jam 19 minit itu disiarkan menerusi YouTube rasmi podcast berkenaan, malam tadi.

Penyanyi Sayang Sayang itu turut memohon diberi ruang memperbetulkan kesilapan dilakukan.

"Sudah tiba masanya untuk saya bermuhasabah dan perbetulkan segala kekurangan diri secara berperingkat-peringkat.

"Saya mahu akhiri semua ini dengan segera dan mulakan hidup baharu. Sudah terlalu ramai yang tiada kaitan terpalit dengan kontroversi yang saya cetuskan ini," katanya.

Mengulas mengenai saranan yang dibuat pelbagai pihak yang mahu dirinya disenarai hitam susulan kontroversi itu, Aliff menyerahkan soal rezeki kepada Yang Maha Kuasa.

"Semua orang berhak untuk beri pandangan. Sepanjang saya menjalankan tugas, sama ada berlakon atau buat persembahan, saya beri sepenuh komitmen seperti yang diharapkan.

"Saya tidak pernah campur aduk soal peribadi dan kerjaya. Apabila bekerja, saya sering beri yang terbaik.

"Apapun, saya serahkan soal rezeki pada Allah kerana Dia tentukan. Doakan semoga saya masih ada rezeki dalam semua bidang yang diceburi," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054335 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list