Hukuman tegas terhadap pengendali media sosial sukan cetus kebencian - ASFC
Faizal (kiri) bersama Faisal selepas Majlis Pelancaran Piala Sultan Selangor 2024 di Shah Alam, pada 5 April lalu.
ZURAIMEE ZAINAL
06 MAY 2024 10:44 AM
ANAK Selangor Fan Club (ASFC) antara kelab penyokong Selangor FC, mahu pihak berwajib memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap pentadbir akaun media sosial sukan yang menyalakan kebencian dalam kalangan pemain ke-12 di negara ini.
Sambil menyifatkan kemajuan teknologi di hujung jari disalahguna akan menjadi barah sekiranya dibiarkan berlarutan, Presiden ASFC, Mohd Faizal Wahid percaya hanya hukuman berat dikenakan terhadap pelaku yang melakukan kesalahan itu akan menjadi pengajaran.
Iklan
Iklan
"ASFC membidas anasir-anasir gangsterism dan pentaasub fanatik yang menggunakan media sosial bagi menyemarakkan kebencian dalam kalangan penyokong-penyokong bola sepak tempatan.
"Bola sepak yang semua tahu merupakan antara ejen perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini sekian lama.
"Namun kini, perpaduan dalam kalangan penyokong terutamanya generasi muda semakin rapuh dengan tindakan segelintir pihak atau individu yang mewujudkan page-page 'menghasut' di media sosial," katanya kepada Sukan Sinar.
Pada masa sama Mohd Faizal berharap pihak berkuasa tidak berkompromi dengan kumpulan pengacau yang sering menimbulkan kekacauan atau provokasi menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 yang bakal menyingkap tirai Jumaat ini.
Terdahulu, dua insiden malang menimpa pemain skuad bola sepak negara, Harimau Malaya, Akhyar Rashid dan Faisal Halim.
Faisal dilaporkan telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Damansara pada Ahad.
Dalam gambar yang tular di media sosial, bekas pemain Terengganu FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian tersebut.
Dia juga dilaporkan telah dibawa ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
Pada Khamis lalu, Akhyar pula disamun pada di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.
Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.
Pemain yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.
Post time 6-5-2024 12:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebagai ahli keybot warior, aku rasa mcm serangan lebih kepada message dan warning… aku masih nak cuba paham apa yang nak di sampaikan oleh mastermind behind this, ini bukan random
Post time 6-5-2024 01:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aku x minat local player..terutama yg acah smart kalau kaler rambut wpun wajah desa...tapi kesian juga efek asid tu kulit jadi tegang sakit bila tersentuh..so boleh ke nak continue career dia