CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20565|Reply: 24

[Tempatan] PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.

[Copy link]
Post time 5-5-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Penjawat awam yang bermasalah dan lembab dalam menjalankan tugas berkemungkinan besar tidak akan dinaikkan gaji secara automatik.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk mereka yang tidak melaksanakan tugas dengan baik menerima kenaikan yang sama seperti penjawat awam yang efisien.

“Tidak benar apabila dikatakan kita naikkan gaji dengan kekalkan kaedah yang ada, tidak. Sekarang ini ikut tahun, kadang-kadang orang itu lembab bekerja, dia tak hadir dan ada masalah disiplin tetapi terus dinaikkan gaji secara automatik.

Jadi kita nak ingatkan, bahawa ia tidak automatik, mungkin automatik bagi 95 peratus, empat lima peratus yang lembab atau ada masalah, kita akan perkenalkan kaedah agar mereka dinafikan.

“Tidak adil orang bekerja bertungkus-lumus, dapat kenaikan, orang yang malas dan lembab, pun dapat kenaikan secara automatik. Jadi harus diberikan pertimbangan,” katanya.

Beliau menambah, perkara itu akan diumumkan sekali gus dengan sistem persaraan supaya pemilihan (kenaikan gaji) itu berdasarkan prestasi.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini pada Ahad.

Kata Anwar, kerajaan berpendapat masalah negara antaranya beban hutang serta berlakunya rasuah sebelum ini tidak wajar ditanggung oleh penjawat awam dengan tidak menaikkan gaji mereka.

“Kita mengumumkan kenaikan yang besar, untuk 2025 akan mencecahkan cecah RM10 bilion. Kerajaan berani membuat keputusan itu kerana saya tidak fikir masalah beban hutang, kelembaban kita, rasuah yang berlaku, ketirisan, harus dibebankan kepada penjawat awam.

“12 tahun penjawat awam menunggu untuk dikaji semula dan dinaikkan gaji mereka. Mereka juga sanggup terima perubahan, lebih cepat bekerja, lebih bersungguh-sungguh, kadang-kadang kerja lebih waktu. Sepatutnya pimpinan negara mengiktiraf jasa mereka dan menaikan gaji sewajarnya,” katanya.

Dengan kenaikan terbesar yang diumumkan itu, Anwar berharap ia akan sejajar dengan anjakan penjawat awam dalam meningkatkan prestasi mereka.

“Kenaikan ini kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia, pembangkang yang pertikaikan, bila kita cerakinkan, dia akan tahu. Kenaikan tahap yang lebih rendah akan mencecah lebih daripada 30 peratus.

“Kerana kita tidak mahu, ketika kita mengiktiraf peranan pengurusan tertinggi, tetapi kita tak mahu kesenangan itu melebar. Maka kita berikan kadar upah yang lebih tinggi sekali gus dengan 'reform' oleh penjawat awam dari segi efisien, keupayaan meningkatkan prestasi kerja mereka,” katanya.

Sebelum ini, Anwar memberitahu, kenaikan gaji penjawat awam kumpulan rendah akan mencecah 20 hingga 40 peratus mengikut perincian sebenar walaupun pengumuman semalam hanya melibatkan kadar kenaikan lebih 13 peratus.

Beliau berkata, sistem kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah bersifat lebih munasabah yang mana golongan penjawat awam pangkat tinggi akan naik sedikit, manakala mereka berpangkat rendah pula menikmati banyak kenaikan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 06:17 AM | Show all posts
Jangan khawatir dan cemas .... bukankah dengan status keistimewaan selama ini ... tentu saja sistem meritrokasi baru itu X akan berlaku untok penjawat awam berbangsa melayu .. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:09 AM | Show all posts
tunggu dan lihat,,,maccam ssb juga ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain drpd itu, apa kata ko suruh rakyat msians pembayar cukai ni vote utk jabatan agensi gomen mana yang TAK LAYAK dpt increment sbb byk mkn rasuah, malas angkat tepon, suka sepak customer mcm bola
Pastinya ramai vote Pejabat Tanah dan Galian..sbb haram x function...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak naik gaji auto apa adahal terminate la.
Mcm satu jabtn tu ada hal jer transfer. Giler bebal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemana nk tahu depa lembab ? Ada KPI ke? Sapa yg bg KPI berdasarkan apa?..takut yg pandai bodek boss lain pulak KPI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku ni..3 bulan x perform terus kena buang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:54 AM | Show all posts
noor2 replied at 6-5-2024 08:35 AM
Cemana nk tahu depa lembab ? Ada KPI ke? Sapa yg bg KPI berdasarkan apa?..takut yg pandai bodek boss ...

gomen ada laporan nilaian prestasi tahunan, rasanya klu markah bawah 80 mcm x layak ada kenaikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 6-5-2024 07:32 AM
Selain drpd itu, apa kata ko suruh rakyat msians pembayar cukai ni vote utk jabatan agensi gomen man ...

Pejabat tanah dan galian rasanya bawah kerajaan negeri. Tp aku pelik knp adan sorang tu org kelantan ganu tp kerja jabatan PTG selangor
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 6-5-2024 08:58 AM
Pejabat tanah dan galian rasanya bawah kerajaan negeri. Tp aku pelik knp adan sorang tu org kelant ...

Oh thanks for this info..aku baru tau PTG is under state gomen
So kalo mcm tu, depa dpt ke idok increment yg PMX nk bagi tu? Ke yg tu hanya eligible for staff under federal shj?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 6-5-2024 07:32 AM
Selain drpd itu, apa kata ko suruh rakyat msians pembayar cukai ni vote utk jabatan agensi gomen man ...

I pun vote pejabat tanah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 6-5-2024 08:35 AM
Cemana nk tahu depa lembab ? Ada KPI ke? Sapa yg bg KPI berdasarkan apa?..takut yg pandai bodek boss ...

Yg problematic ni ramai kaki kipas.. susah nk kena depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 6-5-2024 09:11 AM
I pun vote pejabat tanah

Tp tu la...PTG ni under state....bukan federal weh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Penuh la konter gomen lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 6-5-2024 08:35 AM
Cemana nk tahu depa lembab ? Ada KPI ke? Sapa yg bg KPI berdasarkan apa?..takut yg pandai bodek boss ...

Yg dpt mrkh below 75 tu kira lembab la
Every year mmg ada mrkh utk smua gov servant
Kalau tak problematic kerja capai KPI yg ditetapkan awal thn insyaallah markh 85 keatas pasti
Yg dpt below 85  naik pangkat pon tak dpt kalau ckgu2 ni
Mmg ada je yg dpt below 80 cuma tak diwarwarkan kang kena hencap sbb mmg mlass nk mati hahah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 6-5-2024 07:32 AM
Selain drpd itu, apa kata ko suruh rakyat msians pembayar cukai ni vote utk jabatan agensi gomen man ...

Pejabat Tanah paling jarang² nampak naik court. Boleh kira dgn jari rsnya. Pej.Tanah Daerah nie dr yg atas sampai ke tahap peon betul² buat duit tepi. SPRM pun jarang² masuk. Beza dgn agensi lain. Tanah kerajaan kalau dia racik & bg 1 lot sapa nak tolak kan. Aset tue.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 6-5-2024 09:41 AM
Pejabat Tanah paling jarang² nampak naik court. Boleh kira dgn jari rsnya. Pej.Tanah Daerah nie d ...

Mmg pun...sbb tu la die die depa taknak guna digital system..kalo kene dgn segala big data,blockchain sume tu, mau mampus staff PTG x dpt lg amik duit kopi sbb sume ada digital tracking stp urusan
Yg kat atas2 tu yg ada kuasa tu, sekor pun x berani ke nak digitalised kan PTG nih? Ke masih bangang x sabar nk tggu dpt duit pencen?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 6-5-2024 09:20 AM
Tp tu la...PTG ni under state....bukan federal weh

Tak kira la state ke tak.. patut subject to syarat mcm federal jugakkan..org pejabat tanah ni pompuan pun sama naik ye mintak duit ...ada my relative terkena
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 6-5-2024 12:11 PM
noor2 replied at 6-5-2024 08:35 AM
Cemana nk tahu depa lembab ? Ada KPI ke? Sapa yg bg KPI berdasarkan apa?..takut yg pandai bodek boss ...


Tak silap i.. diorĝ ada appraisal setiap tahun...

Macam ada markah over 100... cemerlang tu hanya untuk 95 ke atas over 100

Kalo 3 tahun berturut2 dpt markah above 95... akan dpt hadiah full scholarship sambung master, phd overseas pr special program attachment overseas or local company (GLC, GLIC)... sbb tu ada some selected people buleh lompat
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 6-5-2024 09:41 AM
Pejabat Tanah paling jarang² nampak naik court. Boleh kira dgn jari rsnya. Pej.Tanah Daerah nie d ...


Adui aku lupa bayar cukai hasil laaaaaaaa last weekend bila ko mention pejabat tanah  

Demnnnnnnn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.069358 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list