CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4392|Reply: 6

[Tempatan] Kecoh trak bawa gambar Agong, bendera PH di Kuala Kubu Bharu. #2, Pamer gambar Agong kempen PRK KKB: Dua orang didakwa hari ini

[Copy link]
Post time 6-5-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 6-5-2024 03:46 AM

Kecoh trak bawa gambar Agong, bendera PH di Kuala Kubu Bharu

https://www.malaysiakini.com/news/704573

Diterbitkan:  May 5, 2024 4:59 PM
Dikemaskini: 4:59 PM



PRK KKB | Sebuah pacuan empat roda dikesan membawa potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bendera PH dan digunakan untuk berkempen di Kuala Kubu Bharu.

PN menyifatkan perkara itu sebagai taktik kempen yang kotor.

Manakala seorang wakil media PH dilaporkan berkata pacuan empat roda itu adalah satu sabotaj.

Gambar pacuan empat roda itu, yang turut dihiasi dengan bendera Johor dan memanggil Agong sebagai "Malaysia royal emperor", tular di media sosial hari ini.

Tinjauan Malaysiakini mendapati kenderaan berada itu di luar balai polis Kuala Kubu Bharu.

Polis kemudian mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan pihaknya sudah merampas kenderaan itu dan menahan dua lelaki berusia 60-an.



Bagaimanapun, polis itu tidak menyatakan jika dua lelaki itu ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Sayap Bersekutu Bersatu Chong Fat Full berkata laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu.

"Kami tidak menuduh sesiapa selagi siasatan polis belum lengkap. Kami berharap semua pihak menghormati Agong dan berkempen secara bermoral dan berintegriti," katanya.

Dalam sidang medianya pula, Chong juga dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata tidak wajar untuk mengheret Agong dalam kempen pilihan raya.

"Saya yakin pihak Istana Negara dan pejabat perdana menteri pun tidak tahu menahu tentang aktiviti ini.

"Janganlah terdesak sangat nak berkempen sehingga mengheret nama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong seperti ini," kata Ahmad Fadhli dalam hantaran di Facebook.

Malaysiakini cuba menghubungi wakil PH untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

Berita Harian pula melaporkan seorang pegawai media PH yang tidak mahu dinamakan, berkata perbuatan itu adalah satu tindakan sabotaj.

"Ini adalah sabotaj. PH mungkin mengeluarkan kenyataan selepas perbincangan dengan pucuk pimpinan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2024 11:45 AM | Show all posts
Pamer gambar Agong kempen PRK KKB: Dua orang didakwa hari ini

https://www.malaysiakini.com/news/704614

Diterbitkan:  May 6, 2024 10:40 AM
Dikemaskini: 10:40 AM



Dua individu yang ditahan kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada sebuah kenderaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Ahad lepas akan didakwa di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kedua-dua individu yang berusia 66 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan niat jahat.

"Pertuduhan terhadap dua individu dibuat selepas kertas siasatan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan polis mehanan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Kedua-dua individu terbabit direman tiga hari bermula 5 Mei lepas.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:17 PM | Show all posts
Bn memerintah dekat 50 tahun x penah la tgk usung gambar agong....nie x sampai sepenggal memerintah dah usung gambar agong time PRN...PRN je pon, bukan PRU
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:18 AM | Show all posts
card_reader replied at 6-5-2024 08:17 AM
Bn memerintah dekat 50 tahun x penah la tgk usung gambar agong....nie x sampai sepenggal memerintah  ...

kan PH dah cakap ini unsur sabotaj, dah kena tangkap pun orang yang buat kerja tu.
I dont think PH desperate sangat sampai buat benda yang bodoh macam tu...  

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
So bawa gambar Anwar je sebab Anwar je yang patut diagung agung kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama agong plk dijual. Berani dia jual nama agong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 07:31 PM | Show all posts
card_reader replied at 6-5-2024 12:17 PM
Bn memerintah dekat 50 tahun x penah la tgk usung gambar agong....nie x sampai sepenggal memerintah  ...

skrg ni bukan BN juga ke yg memerintah n part of gomen ???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.263591 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list